Katanya, pihak kedutaan berasa gembira dengan perkembangan itu di mana ia dilihat mampu melonjakkan lagi aliran penumpang antarabangsa dari Oman dan juga sebaliknya.
“KLIA merupakan destinasi kedua di rantau Asia Tenggara selepas Phuket, Thailand yang memiliki penerbangan terus SalamAir.
“Bagi warga Oman dan penduduk asing yang ingin ke ASEAN, operasi SalamAir ke KLIA akan memberi pilihan kepada penerbangan sambungan lain dari Malaysia,” katanya pada Rabu.
Ketika ini hanya syarikat penerbangan kebangsaan bertaraf premium, Oman Air yang melaksanakan penerbangan berjadual ke KLIA iaitu pada Ahad, Isnin, Khamis dan Sabtu.
SalamAir memiliki 10 buah pesawat penumpang jenis terbaharu iaitu Airbus A320neo dan A321neo dengan melakukan penerbangan ke 33 destinasi antarabangsa di Asia, Eropah dan rantau Afrika Utara.