Saintis China percaya pihak akademik dan industri perlu bersatu untuk menang revolusi bateri solid-state

oleh HEZERI SAMSURI|
Bapa kepada bateri lithium China, saintis Chen Liquan, 84 dari Institut Fizik di Akademi Sains China (CAS) berkata strategi untuk menmenangi perlumbaan teknologi bateri lithium solid state ialah dengan cara kerjasama di antara pihak akademik, kejuruteraan dan industri di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang kerana bateri jenis itu dikatakan akan mengrevolusikan industri EV dan China berusaha keras untuk memastikan mereka berada di hadapan negara-negara barat dan juga negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

Chen juga berkata bateri lithium solid state ialah "masa depan untuk teknologi bateri boleh dicaj".

Beliau juga percaya kerjasama dari syarikat bateri dengan unit-unit penyelidikan sains dan syarikat bahan mentah bateri adalah penting dalam menyelesaikan masalah-masalah saintifik, teknologi dan kejuruteraan dalam proses penghasilan bateri lithium solid state.

Bateri lithium solid state dijangka akan memberikan masa pengecaj yang jauh lebih pantas, prestasi yang lebih baik dan kadar keselamatan yang jauh lebih tinggi dari bateri lithium dalam bentuk cecair yang digunakan sekarang.

Kepadatan tenaga juga dijangka akan meningkat dari 300 Wh untuk setiap kilogram kepada 500 Wh per kilogram. 

Januari lalu, kerajaan China telah melancarkan  China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (Casip), satu konsortium yang menyatukan agensi kerajaan, pihak akademik dan industri termasuk CATL dan BYD.

Chen telah memulakan penyelidikan beliau di dalam teknologi bateri solid state seawal akhir tahun 1970-an di Jerman. Dalam tahun 1980, beliau kembali ke China dan melancarkan makmal bateri solid state pertama di negara itu.

Seperti biasa, China sudah memikirkan masa hadapan mereka dengan cukup serius, bermula dengan memanggil semula pakar-pakar mereka dari luar negara dan membuka fasiliti-fasiliti yang lengkap dan memastikan mendapat kerjasama dari pihak industri yang akan memasarkan teknologi itu ke pasaran domestik dan kemudian, global.

* Laporan penuh di South China Morning Post.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Tekno Careta
Kebiasaannya apabila kereta tidak boleh dihidupkan, bateri menjadi antara punca terawal yang…