Saga masih nombor satu, Ertiga naik nombor tiga

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Proton Saga masih menjadi produk nombor satu Proton, dengan jualan melebihi 30,000 unit dalam tahun 2017.

Ini diikuti dengan sedan Persona yang mencatatkan peningkatan penjualan kepada 19,510 unit berbanding dengan 15,390 unit pada tahun 2016, tambahan 27 peratus.

MPV kompak Proton, Ertiga nyata semakin popular dan ini dibuktikan dengan peningkatan jualannya kepada 6,091 unit dalam tahun 2017. Ertiga kini ialah model ketiga paling popular selepas Saga dan Persona.

 

Menurut Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, jualan Proton untuk tahun 2017 udah stabil kerana peningkatan kualiti yang agresif yang dilakukan dari peringkat dalaman.

"Rakan kongsi kami daripada Geely Auto melakukan pemeriksaan audit kualiti yang ketat pada kereta Proton dan dalam masa 2 bulan, kami dapat meningkatkan poin kualiti kami sebanyak tiga kali ganda", terang Rashid.

Audit yang dilakukan diukur menggunakan sistem yang teliti, setanding dengan piawaian antarabangsa kereta-kereta Volvo, yang digunapakai Geely. 

 

"Seperti yang kita ketahui, kereta Proton telah terbukti ketahanan dan kebolehannya, ketika melalui pelbagai ujian mencabar sewaktu kami menyertai Perlumbaan Sepang 1,000km pada November 2017 dan menang sebagai Juara Keseluruhan," katanya lagi.

"Kesemua pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa semangat kerja berpasukan yang gigih di antara pihak pengurusan dan para pekerja," sambung Rashid. 

 

Rashid juga berkongsi sedikit rancangan Proton untuk tahun 2018.

"Tahun ini ialah tahun kritikal buat Proton memandangkan kami akan melakukan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan rancangan perniagaan kami untuk masa akan datang dan ia menjadi kunci kepada pemulihan syarikat."

"Demi meningkatkan jumlah jualan, kami akan mengambil mengambil langkah-langkah yang perlu melalui kempen yang lebih menarik untuk pengguna, dan peningkatan kualiti dari segi produk serta perkhidmatan," tambah Rashid sebelum mengakhiri perbualan.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…