Saab 906 Turbo - konsep yang hilang ditelan arus zaman

oleh Mohamad Hanif|
Saab merupakan sebuah jenama automotif yang berasal daripada negara Sweeden, yang turut sama membariskan pelbagai jenama lain seperti Volvo, Scania dan Koeniggsegg.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama Saab lebih dikenali sebagai pengeluar pertama yang menghasilkan enjin turbo secara produksi massa yang digunakan pada Saab 99 Turbo pada tahun 1978. 

 


Tahukah anda, kereta Saab juga dipilih sebagai kenderaan utama James Bond, agen khas 007 yang memandu sebuah Saab 900 Turbo di dalam tiga novel pertama yang ditulis oleh James Gardner tahun 1981-1985. 

Kini, jenama Saab sudah tidak wujud apabila syarikat telah diisytiharkan bankrap pada tahun 2012.
 


Namun, model konsep Saab juga tidak kurang hebatnya dan salah sebuah model konsep yang agak pelik pernah dihasilkan ialah Saab 906 turbo dengan enam tayar. 

Menggunakan asas daripada Saab 900 GLS tahun 1981, seorang pereka Leif Mellberg (yang turut menghasilkan rekaan prototaip Saab EV1, Saab 900 Speedster, Saab Mayo dan Saab Gullwing) telah memanjangkan Saab 900 sebanyak 60 cm menjadikan panjang keseluruhan menjadi 530 cm.
 


Saab enam tayar ini juga lengkap dengan beberapa gajet terkini (pada masa itu) seperti sistem stereo dengan 16 speaker, peti sejuk, alat pemanas, pengesan radar, radio polis, kawalan pemanduan adaptif, alat penggera menjadikannya antara kereta yang paling lengkap dan panjang spesifikasinya di Sweeden ketika itu. 

Walaubagaimanapun, model konsep ini tidak pernah memasuki fasa produksi secara rasmi sepanjang hayatnya dan ia hanya sekadar menjadi kenderaan pengiklanan buat syarikat pereka Mellbergs custom sahaja. 


Kali terakhir kereta tersebut dilihat tersadai di sebuah tempat perlupusan sampah kira-kira lima belas tahun yang lalu di Varberg.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
Sejak daripada itu, jenama Saab kian berkubur dan satu demi satu pusat pengedarnya terpaksa ditutup…
Berita Global
    Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru…