RXZ Catalyzer hadiah utama cabutan bertuah Retromania

oleh Hamimah Hamid|
RETROMANIA Auto Show menawarkan motosikal Yamaha RXZ Catalyzer sebagai hadiah cabutan bertuah.

Motosikal berwarna kuning sumbangan FR:JBOND itu boleh dimenangi sesiapa sahaja dengan satu tiket cabutan bertuah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut penganjur, Mamat Kapar, tiket cabutan bertuah hanya berharga RM20 yang juga tiket masuk ke dewan pameran serta pertandingan motosikal dan kereta itu.

 

"Untuk masuk ke dalam dewan A yang menempatkan jentera-jentera retro pengunjung perlu membeli tiket hanya pada harga RM20 seorang.

Cf Moto

 

"Tiket itu juga adalah tiket untuk cabutan bertuah yang kita akan umum pada hari Ahad (5 November), rasanya sangat berbaloi kerana mereka berpeluang membawa pulang hadiah motosikal," katanya.

 

Menurut Mamat Kapar, program hari raya retro yang diadakan selama dua hari di MAEPS, Serdang itu juga menyediakan tiga buah motosikal elektrik sumbangan CF Motor. 

 

Peluang masih ada sehingga esok. Jom rebut peluang menang motosikal di Retromania.