Russia dan Monaco tetap mahu guna gadis litar 

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun Formula 1 sudah menetapkan semua perlumbaan tahun ini bebas dari gadis litar, nampaknya dua litar mahu kaum hawa miskin pakaian diberi tempat di perlumbaan mereka.

Grand Prix Rusia dan Grand Prix Monaco dua-dua telah menyuarakan hasrat mereka untuk menggunakan gadis litar tahun ini.

Menurut laporan Assosiated Press (AP), Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Kozak (gambar bawah), dilaporkan berkata gadis-gadis Rusia adalah yang paling cantik.

Kozak juga kurang bersetuju dengan cadangan Formula 1 untuk menggantikan  gadis-gadis litar dengan kanak-kanak litar.

Formula 1 telah membuat keputusan untuk menggunakan kanak-kanak litar dari kelab-kelab permotoran tempatan untuk menemani pemandu-pemandu di kenderaan mereka.

 

 

Malah, Formula 1 juga memberikan pas masuk ke paddock untuk ahli keluarga pelumba, dalam usaha untuk menjadikan sukan itu lebih berorientasikan keluarga.

Namun Timbalan Perdana Menteri itu berkata , adalah salah untuk menggunakan kanak-kanak sewaktu perlumbaan kerana kanak-kanak takut dengan benda-benda mekanikal.

"Kita perlukan orang dewasa. Dalam semua jenis sukan permotoran, gadis-gadis yang akan mengiklankan kenderaan kerana ia nampak cantik dan harmoni," katanya.

Monaco pula tidak perlu berdebat lama kerana nampaknya ia telah mencapai persetujuan untuk menggunakan gadis litar.

Nampaknya masih ada lagi yang bersetuju untuk menggunakan perempuan sebagai alat pengiklanan. Jika Formula 1 sudah berhenti menggunakan gadis litar, semestinya negara Malaysia sudah lama mengharamkannya.