Rumah pejabat ideal untuk dijual, percuma sebuah litar go-kart pada harga RM12 juta

oleh Mohamad Hanif|
Iklan ini mungkin membuatkan penulis akan "memaksa" bos kami untuk berpindah ke London dan memulakan operasi kami di sana tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah iklan hartanah telah mengiklankan penjualan sebidang tanah seluar 28 ekar yang terdiri daripada sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan kawasan tengah London dan  harga dianggarkan sebanyak $2.9 juta sahaja. 

 


Nilai $2.9 juta itu membolehkan anda atau kami mempunyai sebuah pejabat yang sangat selesa terdiri daripada lima buah bilik tidur, kolam renang, sauna, gimnasium, sebuah garaj dengan tiga slot parkir. 

Apa yang menarik perhatian penulis ialah kehadiran sebuah litar go-kart sepanjang satu kilometer yang terletak di bahagian belakang rumah/pejabat idaman kami, membolehkan anda mengasah bakat pemanduan anda ketika atau selepas waktu pejabat. 
 


Anda juga boleh menjemput VVIP untuk hadir sendiri ke pejabat anda dengan menyediakan perkhidmatan helikopter yang mampu mendarat terus di kawasan pejabat anda menerusi helipad yang tersedia tidak jauh dari rumah/pejabat anda. 

Mungkin juga pada hujung minggu, anda boleh membuka sesi pemanduan santai di litar tersebut dan mengenakan sedikit yuran perkhidmatan sebagai pendapatan tambahan kepada operasi syarikat anda. 
 


Untuk mereka yang berminat, bolehlah terus menghubungi Stanley Best Estate Agents untuk mendapatkan rumah/pejabat yang ideal ini dengan menyediakan pengeras sebanyak $2.9 juta (RM11.8 juta) tidak termasuk tiket kapal terbang anda ke sana. 

Doakan supaya Careta mampu memiliki hartanah yang dimaksudkan ini suatu hari nanti. 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Petron dengan kerjasama Guardian, pembekal produk kecantikan, penjagaan diri, dan kesihatan…