RTS OPERATIONS LANTIK PENGERUSI BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Syarikat usahasama Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Untuk Operasi RTS Link, RTS Operations (RTSO) PTE Ltd baru-baru ini melantik Datuk Ir Khairil Anwar sebagai pengerusi baharu syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Mohd Farid bin Mohd Adnan sejak 1 Mac 2024 yang lalu.

Beliau merupakan seorang Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dengan pengalaman hampir 40 tahun.

 

rts

 

Beliau memulakan kerjayanya pada 1985 di Lembaga Letrik Negara (LLN) dan sejak itu bekerja dengan pelbagai organisasi dan berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk dalam pengurusan projek, pembinaan, pembangunan hartanah, perbankan (pemulihan hutang korporat) dan perundingan kejuruteraan.

Datuk Ir. Khairil pernah bersama Iskandar Investment Berhad (IIB), salah satu anak syarikat Khazanah Nasional Berhad yang disertainya pada 2007 sebelum dilantik sebagai Pengerusi RTSO.

Beliau turut berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk sebagai CEO EduCity@Iskandar dan MD/CEO Medini Iskandar Malaysia, sehingga beliau bersara sebagai Presiden /CEO pada Disember 2022.

Semasa berkhidmat di IIB, beliau juga berkhidmat sebagai Pengarah di Lembaga beberapa syarikat termasuk JV dengan KWSP, Sunway Group, Mitsui & Co. dan Mubadala Group.

Menurut beliau “Saya mengambil tahu tentang skala dan kepentingan strategik projek dalam membawa manfaat yang besar untuk Malaysia dan Singapura.

Ia akan mengukuhkan lagi hubungan yang berakar umbi dan rapat antara kedua-dua negara.” katanya.

 

rts

 

Projek RTS Link ialah rangkaian kereta api komuter sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, masing-masing satu di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura

Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam di setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, RTS Link akan menyediakan perjalanan yang mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
Beberapa perubahan telah dilakukan seraya dengan penyambungan projek ini. Sistem RTS Link ialah…