Rozita Che Wan bawa pulang Haval H2

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita terkenal tanah air, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta. Che Ta kini telah membawa pulang kenderaan utiliti sukan (SUV), Haval H2 sebagai penghargaan menjadi duta jenama itu sejak Oktober tahun lalu.

 

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.

Che Ta

 

 Che Ta telah membawa pulang Haval H2 sebagai kereta bersempena dengan Hari raya Aidilfitri dengan nombor pendaftaran dari negeri perlis iaitu "RQ2175".  

 

Menurut Che Ta, 44, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

 

"Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan," kata Che ta.

Che Ta

Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, enam beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras enam-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

 

Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. 

 

"H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih," kata Che Ta lagi.

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
SUV baharu ini didatangkan dengan nadi 1.5 liter aspirasi natural yang dipadankan dengan sistem…
Berita Global
Pada tahun 2022, GWM berjaya mencatat peningkatan sebanyak 21.28%, dengan menjual sebanyak 1,067,…