Royal Enfield Bullet 350 rasmi di Malaysia - Gaya klasik dengan teknologi moden, dari RM23,500

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia, Didi Group baru-baru ini telah melancarkan model pertengahan baharu Royal Enfield Bullet 350.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tampil dengan gaya klasik bersama ciri moden, Bullet 350 untuk pasaran Malaysia hadir dengan versi standard (RM23,500) dan versi Black Gold (RM23,900).

 

2

 

Dari segi kuasa Bullet 350 turut dilengkapi enjin sama seperti Hunter, Meteor dan Classic 350, iaitu nadi J-Series satu silinder 349 cc sejukan udara dengan suntikan bahan api bersama tranmisi 5 kelajuan yang menghasilkan 20.2 HP dan 27 Nm.

Memberikan kendalian lebih baik, Bullet 350 dilengkapi fork 41 mm di depan bersama penyerap hentak berkembar di belakang, sementara rim depan bersaiz 19 inci dibaluti tayar 100/90 dan rim belakang bersaiz 18 inci dibaluti tayar 120/80.

 

3

 

Aspek keselamatan pula dibantu oleh brek cakera tunggal 300 mm dari ByBre di depan dan di belakang pula ialah satu unit cakera 270 mm, bersama sistem ABS dua saluran.

Antara ciri lain yang didatangkan bersama Bullet 350 ialah tangki berkapasiti 13 liter, port pengecas USB, serta panel meter gabungan analog dan LCD.

 

4
Warna baharu Super Meteor 650

 

Sempena pelancaran Bullet 350, RoyaL Enfield Malaysia turut memperkenalkan dua warna baharu iaitu Interstellar Grey dan Astral Green untuk Super Meteor 650, dengan tanda harga RM37,900.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…