Royal Enfield buka pusat 3S pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Jenama motorsikal tertua di dunia di dalam siri pengeluaran berterusan, Royal Enfield mengumumkan pelancaran pusat 3Snya yang pertama bertempat di Seksyen 15, Shah Alam.

Menerusi syarikat pengedar rasmi, RE Motorcycle Sdn Bhd, pusat 3S kini beroperasi meliputi aspek selepas jualan, servis dan alat ganti tulen selain menawarkan produk berkaitan seperti jaket, helmet, sarung tangan dan sebagainya. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

 


Jenama Royal Enfield lahir pada tahun 1901 di bandar Redditch, UK terkenal dengan model produksi terpanjang di dalam sejarah, iaitu Bullet. Malah, jenama ini merupakan antara yang terkehadapan sepanjang tahun terbaik sejarah permotoran British. 
 

Kini, Royal Enfield merupakan salah satu jenama motorsikal sedang berkembang pesat dan merupakan antara pemain utama di dalam segmen motorsikal saiz sederhana (250cc - 750cc) di dunia. 

 


Menurut Ketua Operasi Pengedaran Royal Enfield, Muhammad Syahrul Abdullah: "(RE Motorcycle) kini mempunyai pelbagai model motorsikal (standard dan khusus) yang baik untuk tunggangan harian dan motorsikal serba guna untuk semua keadaan." 
 

"Motorsikal Royal Enfield bukan sahaja direka untuk memberikan kepuasan tunggangan pada kelajuan lebuhraya biasa, bahkan ia mampu memberikan keseronokan kepada penunggang yang baru," tambah beliau.

 


Sebagai salah satu langkah strategi mempertahankan dan mengembangkan lagi pasaran motorsikal saiz sederhana di dunia, Royal Enfield kini memperkenalkan barisan tawaran motorsikalnya di Malaysia termasuklah model ikonik Bullet (350cc dan 500cc), model Classic (350cc dan 500cc) yang popular sebagai model pasaran global dan model cafe racer Continental GT berkapasiti 535cc. 
 

Berikut merupakan pembahagian harga jualan bagi model-model yang dijual secara rasmi oleh RE Motorcycle Sdn Bhd:

  • Bullet 350cc - RM28,388.00
  • Bullet 500cc - RM38,688.00
  • Classic 350cc - RM30,388.00 
  • Classic 500cc - RM39,888.00
  • Rumbler 500cc - RM41,688.00
  • Continental GT 535cc - RM44,509.00

 


Sejajar dengan falsafah jenama Royal Enfield bagi memberikan pengalaman tunggangan yang tulen dari segenap aspek pemilikan, pusat 3S pertama mereka ini dibuka dengan hasrat bagi memberikan pengalaman pembelian yang berbeza, kemudahan alat ganti, acara di dalam komuniti, konvoi serta pelbagai lagi aspek yang mendefinisikan warisan dan dunia Royal Enfield secara keseluruhannya. 
 

Pusat 3S ini tidak sekadar menawarkan jualan motorsikal semata-mata, tetapi turut menawarkan jualan pelbagai aksesori menunggang seperti topi keledar, peralatan keselamatan menunggang, t-shirt dan sebagainya. 
 

Pengunjung juga tidak terhad untuk hadir melihat dan membeli barisan motorsikal Royal Enfield di sana, bahkan mereka boleh menjadikannya sebagai tempat perjumpaan sesama peminat dan pemilik bagi menjalankan aktiviti kelab tersendiri. 


Pusat 3S pertama Royal Enfield ini boleh dilawati di alamat berikut:

No 33, Jalan 15/23,
Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…