Difahamkan Rossi perlu memenuhi kriteria tertentu dalam kontraknya bersama Yamaha sebelum memutuskan masa depannya.
Rossi juga tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk meneruskan karier dalam perlumbaan kereta selepas bersara dari MotoGP, termasuklah menyatakan minat untuk beraksi di perlumbaan Le Mans 24 Jam.
"Seperti yang sering saya katakan, selepas karier saya berakhir di MotoGP, saya mahu menjadi pelumba kereta pula.
"Saya pernah menyertai perlumbaan rali kerana sangat meminatinya. Saya juga pernah beraksi di kejohanan dunia tetapi mendapati perlumbaan rali agak sukar.
"Saya lebih gemar untuk berlumba di litar. Saya mempunyai pengalaman beraksi di GT3 yang mana ia amat menarik kerana mempunyai banyak jenis pengeluar kereta dari Ferrari ke Porsche, Bentley ke Aston Martin.
"Jadi saya rasa akan berlumba dengan kereta seperti itu apabila bersara dari MotoGP. Tapi saya tidak tahu lagi kejohanan mana yang akan disertai," katanya.