Rolls-Royce Sweptail Coupe- Kereta Termahal di Dunia berharga RM55 juta

oleh DIANA ISMADI|
Merdeka Bonanza

Memperkenalkan, kereta Rolls-Royce Sweptail coupe, kenderaan mewah berteknologi baru, dan setiap Rolls-Royce direka berlandaskan imaginasi pemiliknya. Sweptail ini dibina khas untuk seorang pelanggan istimewa.

 

Individu ini merekabentuk kenderaan ini berdasarkan idea beliau sendiri iaitu Rolls-Royce dua tempat duduk (two seater). 

 

Sweptail

Maka kini, Rolls-Royce memperkenalkan, ‘Sweptail’. Kenderaan ini diperkenalkan kepada media di Concorso d’Eleganza di Villa d’Este pada 27 Mei 2017 (Sabtu), Torsten Müller-Ötvös. ‘Sweptail’ ini adalah sebagai bukti bahawa Rolls-Royce masih menjadi pembina kenderaan terkemuka pada era ini.

 

“Kami mendengar secara teliti maklum balas daripada pelanggan kami yang istimewa dan merealisasikan impian mereka untuk memiliki sebuah kenderaan karya agung eksklusif” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös.

Sweptail

 

‘Sweptail’ – bagaimana visi menjadi realiti

 

Inilah Rolls-Royce yang direka khas mengikut spesifikasi seorang pelanggan. Pelanggan ini datang ke House of Rolls-Royce dan membentangkan idea kreatifnya.

 

Diinspirasikan oleh kenderaan Rolls-Royce antara tahun 1920-an dan 1930-an, pelanggan ini berhasrat untuk membina sebuah kenderaan coupé dua tempat duduk (two seater), yang dipasangkan dengan bumbung kaca panaromik yang luas.

sweptail

 

‘Sweptail’ – Sebuah visi yang berbeza

 

Jeriji terbesar yang pernah dipasang pada sebuah Rolls-Royce era moden, diperbuat daripada aluminium sebelum digilap sehingga berkilat dengan tangan.

 

Permukaan periferi di bahagian hadapan ‘Sweptail’ dibingkaikan dengan aluminium yang diberus (brushed aluminium).

 

Semasa seseorang bergerak mengelilingi ‘Sweptail’, anda akan tertarik dengan siluet badan kereta yang unik.

sweptail

Bentuk bahagian belakang kereta direka berinspirasikan buritan kapal layar lumba.

 

Di bahagian belakang kenderaan, terletaknya identiti dan nombor pendaftaran, 08, yang dibuat daripada jongkong aluminium dan digilap dengan tangan.

sweptail

Anggun serta dilengkapi rekaan dalaman moden

Kebersihan dan keunggulan badan kenderaan dari pandangan sisi, tingkap tepi yang direka memanjang serta bumbung kaca panaromik, diserikan dengan rekaan dalaman Rolls-Royce yang berkonsepkan kemodenan dan minimalis.

 

Demi mengekalkan ciri-ciri transkontinental GT yang diasaskan oleh Rolls-Royce pada tahun 1920-an dan 30-an, di belakang tempat duduk dilengkapi satu ruang buatan kayu dan diterangi cahaya yang menyinari melalui ruang tingkap kaca.

 

Di bahagian pembukaan belakang pula diterangi cahaya lampu, dengan permukaan yang digilap dan ruang bagasi yang luas.

sweptail

Ciri Passarelle direka bermula dari bucu atas cermin depan kereta, merentasi bahagian bumbung dan berakhir di bahagian belakang kereta, menyerupai bentuk titisan air mata.

 

Bahagian papan pemuka (dashboard) yang paling ringkas dalam sejarah, kerana ia direka berdasarkan konsep minimalis.

 

Dua ciri-ciri lain yang istimewa terletak di dalam “Sweptail’.

 

Tersembunyi di kedua-dua belah pintu kenderaan, terdapat dua ‘pannier’ yang sama, dilengkapi dengan dua bekas ‘attaché’ buatan tangan yang boleh ditanggalkan dengan hanya menekan satu butang sahaja.

 

Sebuah coachbuilt Rolls-Royce yang direka khas secara peribadi untuk seorang pelanggan, ‘Sweptail’ mengutamakan kualiti yang tinggi dan butiran yang terperinci.

 

Jentera ini dijual dengan harga $13 juta (RM55juta) dan mungkin, ini jentera termahal yang pernah Rolls-Royce hasilkan untuk pelangganya.

 

Pameran Rolls-Royce 'The Great Eight Phantom'

Selain itu, Rolls-Royce turut bakal mengadakan Pameran Rolls-Royce ‘The Great Eight Phantoms’ pada hujung Julai depan.

 

Rolls-Royce bakal menghimpunkan model-model Phantom terhebat dalam tempoh 92 tahun di Mayfair, London. Pameran tersebut turut mengalu-alukan kedatangan generasi seterusnya jentera mewah yang paling diraikan itu.

Phantom

Selama lapan minggu, Rolls-Royce akan mengumumkan senarai Phantom terhebat yang mana bakal memulakan perjalanan ke London dari seluruh dunia, menyampaikan kisah-kisah tentang kereta ini dan peristiwa bersejarah yang telah disaksikannya. Kisah pertama dikenali sebagai ‘The Fred Astaire Phantom I’.

 

 

 

 

 

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan latarbelakang muzik jazz, Rolls-Royce merakamkan segala bunyi yang dihasilkan daripada Dawn…
Berita Global
Menurut CEO Torsten Müller-Ötvös berkata, syarikat Rolls-Royce berkemungkinan besar akan…
Berita Domestik
Sementara kebanyakan kita sedang runsing memikirkan perbelanjaan untuk bulan ini dan bulan…