Rolls-Royce Phantom generasi kelapan dilancarkan di Malaysia

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sementara kebanyakan kita sedang runsing memikirkan perbelanjaan untuk bulan ini dan bulan seterusnya, ada terdapat antara kita yang juga runsing kerana mereka sedang memikirkan samada mereka mahu warna ungu atau merah untuk menjadi warna permaidani kereta Rolls-Royce terbaharu mereka nanti. 

 

RRP1

 

Inilah dilemma mereka yang mampu membayar RM2.2 hingga RM2.5 juta untuk sebuah Rolls-Royce Phantom baharu, yang telah dilancarkan minggu ini di Kuala Lumpur.

 

Harga permulaan RM2.2 juta itu tidak termasuk harga tambahan yang menjadi harga bagi apa-apa pesanan khas - Phantom ada tidak kurang dari 44,000 pilihan warna cat badan kereta dan berjela-jela lagi kombinasi pilihan bahan-bahan rekaan khusus untuk pembeli yang inginkan sentuhan peribadi.

 

RRP2

 

Harga tersebut termasuk jaminan serantau dan penyelengaraan selama empat tahun, bantuan jalanraya 24 jam dan pasukan “doktor kereta” selepas jualan. 

 

Berbanding dengan generasi sebelum ini, Phantom baharu tidak banyak berbeza selain kerangka yang 30% lebih ringan dan teguh dari model sebelumnya. 

 

RRP3

 

Phantom memang sudah lama dikenali sebagai kereta mewah yang menjadi ukuran dari aspek keselesaan perjalanan, oleh itu, sistem gantungnya diperbuat dari sistem penyerapan hentakan angin, serta dibantu oleh sistem pengendalian berkomputer yang memastikan penumpang akan mendapat tahap keselesaan yang terbaik. 

 

RRP4

 

Juga terdapat sebanyak 130 kg bahan penebatan dan penyerapan bunyi, tingkap kaca yang lebih  tebal serta bahan aloi dua lapis bagi memastikan tahap kesenyapan yang paling tinggi. 

RRP5

 

Walaupun sarat dengan pelbagai bahan-bahan tebal, berat dan teguh, ia juga mempunyai prestasi sebuah kereta sedan yang sporty. 

 

Ia menggunakan enjin 6.75 liter turbo berkembar V12 yang menghasilkan 563 hp dan 900Nm tork dari serendah 1700 rpm, membolehkan Phantom memecut dari 0-100 kmsj dalam 5.4 saat menggunakan kotak gear 8-kelajuan yang disokong satelit. 

 

RRP6

 

Phantom baharu sekarang sedia dipesan di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur. 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…
Pelancaran
  Dengan memilih Ghost Extended, pembeli bukan sahaja dapat menikmati ruang tambahan sebanyak 170…