Rolls-Royce Ghost Black Badge edisi terhad, inspirasi gerhana matahari penuh, 25 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce baharu sahaja melancarkan model sedan mewah edisi terhad yang diinspirasikan daripada peristiwa gerhana matahari penuh, membawakan nama rasmi Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari sudut luaran, Ghost Black Badge ini dilayangkan dengan warna Lyrical Copper, diserikan dengan aksen jingga Mandarin pada bahagian bawah bampar, angkup brek, garis badan dan juga aksen rim.
 

ghost


Kemasan warna jingga Mandarin itu juga turut menghiasi ruang kabin, seperti contoh tempat duduk dua tona yang menempatkan lebih daripada 200,000 'lubang' berwarna jingga.

Bahagian papan pemuka pula menampilkan 1,846 bintang ukiran laser yang mencipta garis masa simbolik gerhana matahari penuh, diikuti jam bermotifkan gerhana matahari yang dihiasi berlian 0.5 karat pada bahagian bezel.
 

ghost


Daya penarik utama sedan ini sebenarnya ialah hiasan Starlight Headliner di mana 940 'bintang' akan menyala membentuk grafik gerhana matahari penuh sewaktu enjin kereta ini dihidupkan.

Animasi seakan gerhana matahari penuh itu akan kekal menyala selama tujuh minit dan 31 saat (tempoh gerhana yang paling lama) sebelum ia kembali membentuk gugusan buruj bintang di langit.
 

ghost


Untuk menjadikan karya gerhana matahari ini lebih istimewa, Rolls-Royce hanya menawarkan 25 unit sahaja Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection.

Dan seperti biasa, kesemua 25 unit itu telah pun habis terjual sebelum sempat Rolls-Royce mempersembahkan model edisi terhad ini kepada umum.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, Black Badge merangkumi satu daripada empat Rolls-Royce yang terjual, dan ia diperluaskan…