Rogol pelajar dalam kereta, sarjan polis didakwa

oleh Hamimah Hamid|
PEGAWAI kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pelajar berusia 16 tahun di dalam kereta di hadapan tempat meletak kereta sebuah pasaraya awal bulan lalu.

Tertuduh, Sharil Amir Shaari bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, pegawai kanan berpangkat Sarjan itu dituduh merogol mangsa di dalam kereta di hadapan tempat meletak kereta Pasaraya Econsave, Seri Iskandar.

 

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 12 Januari 2024 pada pukul 4 petang.

 

Tertuduh yang mempunyai lima orang anak didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

 

Tertuduh dibenar ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 25 Mac untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.