Menurut Pengetua CIM Group, Bethany Chang beliau berkata, robot-robot tersebut mula beroperasi di dua kawasan garaj tempat letak kereta Menara LoDo pada Oktober 2022 selepas mendapati peningkatan kes jenayah melibatkan kereta.
Sejak syarikat itu menggunakan robot tersebut sebagai pengawal tambahan di kawasan garaj, ia telah menyaksikan penurunan lebih 70 peratus dalam kes kecurian kereta dan vandalisme.
Jika seseorang mundar-mandir di kawasan garaj tanpa tujuan, LoDoMus Prime atau Dave akan memulakan kiraan detik: "Lima, empat, tiga, dua, satu."
Kemudian robot tersebut akan memberi petanda amaran kepada pengawal keselamatan manusia di lokasi terhadap situasi tersebut.
“Kami sedang menyelidik cara untuk menyokong sistem keselamatan kami, pasukan keselamatan kami, dan kami mendengar tentang perkara ini. Kami fikir ia adalah satu inovasi yang sangat bijak.” kata Chang.
Syarikat keselamatan dan robotik yang membina LoDoMus Prime dan Dave, Knightscope melalui jurucakap mereka Stacy Stephens berkata mesin itu ditempatkan di semua jenis tempat seperti bangunan pejabat, lapangan terbang, persatuan pemilik rumah, hospital dan tapak pembuatan.
Robot yang berukuran 167cm tinggi, 91cm lebar dan berat 190kg turut hadir dengan grafik yang menjelaskan tujuan semasa bergerak mengikut laluan yang telah diprogramkan.
Robot Knightscope boleh merekod video 360 darjah dalam kualiti 4K serta berkomunikasi dengan sistem khas dan mempunyai pengimejan haba untuk mengesan kebakaran, serta pengesanan tembakan dan keupayaan komunikasi kecemasan.
Ahli kumpulan penyelidikan yang dipanggil Machine Ethics, Michael Anderson berkata terdapat pelbagai persoalan berkaitan dengan robot keselamatan autonomi.
Pertama, terdapat kebimbangan privasi video yang dirakam dan gambar yang ditangkap oleh robot.
"Orang ramai berkata, 'Anda berada di khalayak ramai dan anda tidak mempunyai privasi,'" kata Anderson.
Syarikat yang menggunakan keselamatan robot memerlukan dasar penyimpanan dan pengekalan data serta storan kalis godam, katanya.
Pengendali juga perlu mengetahui siapa yang bertanggungjawab ke atas tindakan robot dan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya ia merosakkan harta benda atau membahayakan seseorang.
Menurut Anderson, kecerdasan buatan “Artificial Intelligence” (AI) dan robot berkembang dengan cepat dan mereka yang menciptanya akan cepat mempelajari program robot tersebut
"Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku, tetapi tiada siapa yang akan berhenti dan tunggu dan lihat," kata Anderson.
“Orang ramai adalah tikus makmal sekarang dan orang ramai juga ialah penguji beta.” – Perkhidmatan Berita Denver Post/Tribune
SUMBER : The Star