Road Safety Marshal Club anjur kempen kesedaran jenayah jalanan terhadap wanita

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Road Safety Marshal Club (RSMC) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Jenayah Jalanan Wanita semenjak kali terakhir ia dilakukan sebelum wabak COVID-19 pada tahun 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen edisi ke-6 itu telah diadakan di KL Gateway Mall dengan kerjasama Bosch AA Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan untuk wanita.

Ianya bertujuan menyampaikan kepada orang ramai tentang pelbagai jenayah jalanan dan mengajarkan mereka beberapa kemahiran hidup yang berguna.

Kempen tersebut menampilkan pelbagai aktiviti praktikal seperti kejadian pecah rumah, ragut beg tangan, penculikan, keselamatan lif, mempertahankan diri daripada pelaku, dan banyak lagi.

Para peserta dapat mengalami senario secara langsung dan berlatih cara bertindak dalam keadaan selamat dan mengawal keadaan sekeliling.

Kemuncak acara itu menampilkan anugerah Iron Lady Awards 2023, dimana 17 orang wanita dianugerahkan penghormatan perbuatan mereka yang tidak mementingkan diri dan murni untuk masyarakat.