RO-RO pertama BYD, EXPLORER NO.1 muat 7,000 kenderaan, mahu tambah lagi 7!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BYD EXPLORER NO.1
BYD EXPLORER NO.1
Bagi sesebuah konglomerat antarabangsa, perniagaan kereta atau motosikal merupakan cabang dari induk yang besar.

Sebagai contoh Kawasaki memiliki perniagaan di dalam pengeluaran kapal, kereta api dan helikopter dan begitu juga Hyundai yang mempunyai senarai panjang dalam perniagaan.

Mewakili China, BYD semakin hangat disebut kebelakangan ini dan dilihat mampu menyaingi Tesla dalam kenderaan elektrik (EV).

Malah, BYD berada di dalam senarai sepuluh syarikat kereta terlaris dunia pada 2023 dengan jualan 3,024,417 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
BYD 5 juta NEV 2023

 

BYD juga menerajui segmen kenderaan tenaga baharu (NEV) dunia untuk tahun kedua berturut-turut. 

BYD bermula sebagai pengeluar bateri boleh cas pada 1995 dan kini mempunyai pelbagai perniagaan seperti bas, kereta api, tenaga baharu dan elektronik.

Terbaru BYD memaklumkan kapal penggangkut roll-on/roll-of (ro-ro) pertama syarikat iaitu EXPLORER NO.1 memulakan pelayarannya.

 

BYD EXPLORER NO.1

 

EXPLORER NO.1 diserahkan secara rasmi di Pelabuhan Yantai di Shandong, China pada 10 Januari. Satu yang membanggakan apabila logo besar BYD terpampang besar pada sisi kapal.

Kapal itu juga melonjakkan keupayaan logistik antarabangsa BYD pada masa perkapalan ro-ro dunia mengalami cabaran pembekalan.

EXPLORER NO.1 berukuran 199.9 meter panjang dan boleh memuatkan 7,000 kenderaan.

Kapal itu menggunakan dua jenis bahan api iaitu gas asli cecair (LNG) dan bahan api konvensional.

 

Kilang NEV BYD

 

Dalam tempoh dua tahun akan datang, tujuh kapal bakal menyertai barisan logistik perairan BYD.

Kesemuanya menyepadukan teknologi simpanan tenaga bateri dan sistem penjana aci syarikat.

Menurut Pengarah Besar Bahagian Korporat BYD, Wang Junbao, jualan dan pengeluaran industri NEV China melepasi angka sembilan juta unit pada 2023.

Jumlah tersebut merupakan sumbangan besar di dalam pengangkutan hijau dunia.

 

BYD SEAL 2023

 

Pelancaran EXPLORER NO.1 merupakan langkah penting untuk BYD dalam melebarkan sayapnya di pasaran luar.

Pada 2023, BYD mengeksport 242,765 unit NEV yang menyaksikan lonjakan 334.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

BYD turut merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan pengeluar kereta lain dari China di peringkat antarabangsa. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BYD SEAL 2023