Rim karbon hibrid dari Dymag, rim ringan yang diguna kereta berprestasi tinggi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dymag BAC Mono
Dymag BAC Mono
Satu daripada faktor bagi meningkatkan prestasi kereta dan motosikal ialah berat yang rendah dan gentian karbon menjadi bahan popular untuk digunakan.

Bukan sahaja perkakasan badan, gentian karbon turut diguna pada rim kereta dan motosikal.

Satu daripada syarikat yang mempunyai teknologi dan menawarkan rim gentian karbon ialah Dymag dari United Kingdom. 

Dymag bukan baharu dan sudah beroperasi sejak 1974 dan kini peneraju roda ringan dalam industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dymag BAC Mono

 

Dymag mengeluarkan rim karbon untuk motosikal pada 1995 dan syarikat pertama di dunia yang mengkomersialkan rim karbon hibrid automotif pada 2004.

Di antara motosikal yang menggunakan rim ringan Dymag ialah KTM RC 8C dan beberapa motosikal lumba di dalam Isle of Man TT dan Kejohanan British Superbikes.

Bercakap tentang perlumbaan, Dymag (Competition Wheels Limited) asalnya adalah pembekal rim magnesium untuk jentera Formula 1, IndyCar, IMSA dan GP500.

 

Dymag Lanzante 765LT LeMans 25 Edition

 

Apa itu rim karbon hibrid? Produk rim Dymag menggabungkan bingkai yang dibuat dari gentian karbon dengan bilah dari aluminium atau magnesium tempa.

Pada acara Goodwood Festival of Speed 2023, rim dengan teknologi karbon hibrid Dymag boleh dilihat pada model hebat seperti BAC Mono R dan Gunther Werks 993 Turbo.

Lagi model hebat seperti Radford Pikes Peak Type 62-2 dan sejumlah kereta projek Lanzante iaitu Porsche 930 TAG, McLaren 765 LT dan P1 HDK.

 

Dymag Gunther Werks

 

Kebaikan rim karbon hibrid Dymag:

  • Sehingga 50 peratus lebih ringan berbanding rim aluminium tempa biasa
  • Mengurangkan jisim tak berpegas (unsprung mass) dan momen inersia dan kurang tenaga diperlukan untuk memecut dan membrek
  • Pengurangan daya giroskopik hasil dari berat rim yang rendah dan kurang daya diperlukan untuk memusing stereng dan meningkatkan maklum balas stereng
  • Dinamika pemanduan
  • Kebebasan reka bentuk bilah rim berbanding rim gentian karbon penuh
Dymag Gunther Werks

 

Apabila bercakap tentang rim sebegini bagaimana pula dengan kekuatan?

Menurut Dymag, rim karbon hibrid lebih kuat dan tahan berbanding rim aloi atau rim karbon penuh yang setara.

Rim karbon hibrid boleh melentur dan menganjal semula apabila berlakunya bebanan tinggi atau impak yang tajam berbanding berderak dan meningkatkan keselamatan.

Tidak hanya kereta berprestasi tinggi, rim yang ringan memberi faedah kepada kenderaan elektrik (EV) apabila penjimatan berat dapat memanjangkan jarak pemanduan.

 

Dymag Gunther Werks

 

Selain itu, karektor gentian karbon juga dapat mengurangkan Bunyi, Gegaran dan Kekasaran (NVH) dan memainkan peranan penting pada sebuah EV yang senyap.

Dymag menawarkan rim karbon hibrid dari saiz 18 hingga 23 inci dan bakal menambah saiz 24 dan 25 inci. Rim karbon hibrid Dymag dibuat di kilang syarikat di Wiltshire, UK.

Satu lagi yang menarik ialah pelaburan utama di dalam Dymag datang dari rakan strategik Hankuk Carbon, sebuah syarikat pengeluar bahan karbon termaju dari Korea.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, Hyundai N bekerjasama dengan pengeluar rim Dymag serta pakar bahan komposit Hankuk…