Ribuan kenderaan EV bakal dibawa masuk untuk disewa

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita terbaharu yang diterima oleh sumber-sumber Careta mengatakan bahawa sebuah syarikat konglomerat tempatan akan membawa masuk "ribuan" unit kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran tempatan.

Syarikat gergasi itu akan menyewakan kenderaan EV itu dibawah anak syarikatnya yang memang pakar di dalam industri sewa kenderaan. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber Careta, projek itu masih dalam proses perancangan tetapi ia nampaknya sejajar dengan perkembangan automotif global.

Malaysia masih kekal sebagai negara besar yang paling bersedia untuk kenderaan EV di rantau Asean. Pusat mengecaj EV sudah tersedia di serata negara dan semuanya termasuk dalam satu rangkaian yang boleh diakses melalui aplikasi mobil.

 

 

mitsu iMiev

 

Segelintir pengguna tempatan juga sudah mula menyuarakan hasrat mereka agar pihak kerajaan memberikan insentif cukai kepada EV yang dibawa masuk dalam bentuk CBU. Ini ialah kerana tidak ada satu pun syarikat yang memasang EV secara tempatan agar dapat menggunakan insentif cukai sedia ada dan merendahkan harga.

Sekarang ini, hanya Renault yang menjual EV, iaitu model Twizy. Sebelum ini Renault turut menjual model Zoe yang mempunyai jarak perjalanan 210 km untuk sekali caj. Sambutan dingin menjadi sebab kenapa Zoe telah ditiadakan dari pilihan pembeli tempatan.

Malaysia sebenarnya sudah mempunyai syarikat perkongsian kenderaan EV, Comos. Sambutan yang kurang menarik dari pengguna menyebabkan Comos kini lebih ke arah perniagaan menyewa kenderaan EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…