RHB Investment - 'Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak inflasi 2024'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2 peratus hingga 3.6 peratus berbanding purata 2.5 peratus tahun lalu, kata RHB Investment.

Ahli ekonomi firma penyelidikan itu, Chin Yee Sian berkata momentum inflasi dijangka meningkat seawal suku kedua 2024 susulan pelaksanaan beberapa cukai dan pelarasan harga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan berkemungkinan mempunyai kesan material terhadap trajektori inflasi manakala pelarasan tarif air dan elektrik memberi kesan langsung yang terhad.

“Semua langkah dasar yang dinyatakan di atas akan mempunyai potensi peningkatan langsung kepada inflasi utama sebanyak 0.7 peratus hingga 1.1 peratus, mendorong julat inflasi untuk 2024 kepada 3.2 peratus hingga 3.6 peratus berbanding purata 2023 pada 2.5 peratus tahun ke tahun.

“Kami mengekalkan unjuran inflasi utama dan inflasi teras bagi 2024 pada 3.3 peratus dan 3.6 peratus tahun ke tahun, dengan risiko cenderung kepada peningkatan,” ujar beliau dalam laporan Ekonomi Global dan Strategi Pasaran.

Chin menjelaskan bahawa magnitud sebenar risiko kenaikan akan bergantung kepada beberapa faktor utama seperti tarikh kuat kuasa pelaksanaan semakan dasar, kuantum pelarasan harga dan tarif, serta kekuatan kesan pusingan kedua inflasi terhadap perbelanjaan isi rumah dan kos perniagaan.

Selain itu, ia turut bergantung kepada potensi kesan daripada cukai barang bernilai rendah (LVGT) dan cukai barang bernilai tinggi (HGTV) yang tidak dapat diukur ketika ini.

Menurut Chin, firma itu mengandaikan sekiranya harga diesel meningkat 5 peratus atau 10 sen bermula April ini daripada harga semasa RM2.15 seliter, Indeks Harga Pengguna (IHP) utama mungkin meningkat antara 0.10 peratus hingga 0.15 peratus.

Anggaran ini adalah lebih rendah daripada unjuran terdahulu firma itu antara 0.2 peratus hingga 0.3 peratus disebabkan oleh kejelasan tarikh pelaksanaan manakala andaian terdahulu telah dibuat untuk keseluruhan ekonomi Malaysia, yang kemudiannya dumumkan bahawa dasar rasionalisasi diesel tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

“Begitu juga dengan andaian bahawa harga RON95 meningkat pada kadar yang sama sebanyak 5% atau 10 sen bermula Jun daripada harga semasa RM2.05 seliter, IHP utama mungkin meningkat 0.15 peratus hingga 0.2 peratus,” tambahnya.

Sementara itu, kenaikan cukai perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus yang dijangka bermula pada 1 Mac merangkumi semua perkhidmatan kecuali makanan dan minuman, perkhidmatan tempat letak kereta dan telekomunikasi.

Chin berpendapat bahawa kadar cukai perkhidmatan yang disemak naik ini dianggarkan mendorong kenaikan IHP utama antara 0.3 peratus hingga 0.6 peratus.

- Ringgit semakin turun, kos hidup semakin tinggi, barang keperluan semakin mahal, yang merana adalah rakyat -

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Tesla merangsang persaingan EV dengan pelancaran Model Y pada harga permulaan RM199,000. Meskipun…
Berita Domestik
Difahamkan, ia merupakan generasi baharu Perodua Bezza bagi menggantikan model generasi pertama…
Berita Domestik
Pemenang yang dimaksudkan, Tan Poh Cheok dari Kuala Lumpur memandu pulang sebuah Mazda2 Skyactiv…