Retro Cruiser, badan klasik perkakasan moden dengan enjin 4.7 liter V8 Land Cruiser 100 Series!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Retro Cruiser
Retro Cruiser
Sejarah Toyota Land Cruiser merentasi lebih tujuh dekad dengan peminat di serata dunia.

Berbekalkan nama dan reputasi, Land Cruiser baharu hadir membawa adunan reka bentuk lama yang ikonik dan kembali ke Amerika Utara.

Bagi meraikan kepulangan Land Cruiser selepas kali terakhir berada di Amerika Syarikat pada 2021, Toyota membawa sebuah Land Cruiser moden klasik yang masyhur ke SEMA 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Retro Cruiser 2023

Model yang dikenali sebagai Retro Cruiser diubah suai daripada sebuah Land Cruiser Wagon FJ45 1967 oleh Rod Millen Group.

Projek itu asalnya terhasil daripada perbualan di antara pengurus kanan bahagian jualan Toyota Motor dan pelumba legenda Rod Millen pada 1999.

Idea di sebaliknya ialah untuk mempertontonkan teknologi terbaru pada Land Cruiser (100 Series) dan mengangkat warisan Land Cruiser.

Retro Cruiser 2023

Bermula dengan sebuah unit yang berharga AS$5,000, rangka FJ45 dipanjangkan kepada sepuluh inci.

Badan dikembangkan untuk nampak lebih berotot dan beberapa pengubahsuaian untuk meningkatkan prestasi. Sistem ampaian asal turut dirombak.

Rancangan awal ialah untuk mengekalkan sebanyak mungkin perkakasan asal namun keputusan dibuat bagi meningkatkan keselesaan.

 

Retro Cruiser 2023

 

Suspensi belakang dibuat khas dengan pegas gegelung dan penyerap hentak.

Trek depan dilebarkan sebanyak empat inci dan jarak gerak roda (travel) bertambah 30 peratus. Bahagian bawah jip dipasang plat pelindung.

Satu yang menarik ialah pembeza (differential) dikecilkan manakala brek dan hab asal dikekalkan dan diterjemah kepada jarak gerak roda belakang sebanyak 12 inci.

 

Retro Cruiser 2023

 

Rim asal diganti dengan set 17 inci dan tayar General Tire® Grabbers 35 inci.

Di sebalik badan Land Cruiser klasik terlindung enjin 4.7 liter V8 Land Cruiser 100 Series yang menghasilkan 230 kuasa kuda (hp).

Enjin itu dipadan bersama kotak gear automatik empat kelajuan dengan kotak pindah (transfer case) dan penguncian pembeza. 

Ekzos Borla® buatan khas melaungkan bunyi enjin V8 dengan lebih garang. 

 

Retro Cruiser 2023

 

Bahagian dalam Retro Cruiser tampil mewah dengan perkakasan Land Cruiser baharu dan dibalut kulit Connolly®.

Ciri moden turut diserlahkan dengan telefon satelit, sistem navigasi dan juga dibekalkan bekalan air 15 gelen untuk pengembaraan lasak.

Dibawa ke SEMA bermakna FJ45 perlu disiapkan semula dan perkakasan yang rosak seperti penyerap hentak, hos dan pelbagai lagi diganti dan dibaiki.

Retro Cruiser 2023

Siap pada bahagian mekanikal, jip ini dihantar ke Complete Customs® untuk menyegarkan semula bahagian badan.

Kerja-kerja tersebut melibatkan pembuangan cat sehingga ke besi dan disembur mengikut warna asal.

Hasilnya adalah sebuah jip klasik yang dimodenkan pada 1999 dan diberi penghormatan sekali lagi pada 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Retro Cruiser 2023