Rendering Subaru Baja era moden!

oleh Mohamad Hanif|
Sekitar tahun 2003 di mana Proton pada ketika itu telah pun melancarkan ute dua pintu Arena, Subaru juga sebenarnya turut melancarkan model ute empat pintu tersendiri yang digelar sebagai Baja (sebutan: ba-ha).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model ute tersebut memiliki tempoh produksi yang cukup singkat, iaitu tiga tahun sahaja sebelum ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2006.

Subaru Baja memiliki kelebihan seperti pengendalian seperti kereta penumpang, sistem pacuan semua roda, pilihan enjin bersesaran yang lebih besar dan enjin turbo, serta kapasiti sebuah trak pikap.

Jadi, bagaimana sekiranya Subaru mahu menghasilkan pengganti Subaru Baja?

 


Seorang pengguna Instagram Nathan Mondor telah menghasilkan sebuah rendering Subaru Baja era moden sebagai satu respons kepada rancangan yang dihasilkan oleh laman web Motor1 baru-baru ini.

Beliau menggunakan asas daripada model crossover saiz pertengahan Subaru Outback, dan mentransformasikan ruang kargo belakang menjadi sebuah bed kargo tipikal pikap.

Penampilan moden Subaru Baja dilihat bertepatan dengan elemen yang dibawakan pada Subaru Baja yang terdahulu, di mana rekaan unibodi dan aspek mekanikal banyak dipinjam daripada platform Subaru Legacy/Outback.

 


Ini mungkin sekali satu langkah pendekatan yang patut dicuba oleh Subaru, memandangkan beberapa pengeluar sudah pun mula merancang untuk memperkenalkan model pikap unibodi seperti contoh Ford Maverick dan Hyundai Santa Cruz.