Renault Logan Stepway - crossover sedan SUV untuk pasaran Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Crossover secara lazimnya dikaitkan dengan bentuk badan hatchback yang digabungkan dengan jarak kelegaan tanah yang telah ditinggikan, seperti mana yang kita lihat pada Mazda CX-3, Honda HR-V, Subaru XV dan model-model yang sama segmen dengannya.

Walaubagaimanapun, di Rusia Lada telah 'mencipta' segmen crossover baharu, menggabungkan praktikaliti sebuah sedan dan versatiliti sebuah SUV menerusi model Lada Vesta Cross sedan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi bersaing di dalam segmen yang sama, Renault tidak turut ketinggalan untuk melancarkan model Logan Stepway, menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 195 mm dan beberapa kemasan visual bagi menyesuaikan dengan keadaan jalan yang agak mencabar di negara tersebut. 


Walaupun dengan ciri SUV, ia masih sebuah kereta bajet dan tiada sistem pacuan semua roda dibekalkan kepada sedan SUV ini. 

Pun begitu, bahagian dalaman menampilkan sistem audio terkini dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tempat duduk dengan sistem pemanas terbina dalam dan Renault Start, ciri membolehkan enjin dihidupkan dari jarak jauh sebelum memulakan perjalanan ketika cuaca sejuk di Rusia. 

Renault Logan Stepway ini mempunyai dua pilihan enjin iaiatu 1.5 liter diesel dengan transmisi manual dan tiga enjin 1.6 liter dengan tiga output berbeza (81 hp, 101 hp dan 111 hp) dengan dua pilihan transmisi termasuk CVT. 
 


Ia bakal ditayangkan di Moscow Motor Show penghujung bulan ini sebelum dijual di Rusia. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Eropah, genre SUV ini menguasai 51 peratus daripada jumlah jualan kenderaan baharu sepanjang…
Berita Global
Ford Puma crossover yang muncul pada tahun 2019 itu kini bertindak sebagai alternatif SUV kepada…
Berita Global
Namun, tidak seperti model yang dipasarkan di Jepun, Corolla Cross facelift Thailand ini dilihat…