Renault Captur - unit terhad RM98k!

oleh HEZERI SAMSURI|

Untuk mereka yang berani menonjol dan memerlukan sebuah kenderaan yang berbeza dari lazim tapi tidak mahu sesuatu yang mahal, Renault memang ada jawapannya.

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal jenama Perancis itu di sini mengumumkan bahawa SUV ranggi Captur mereka semakin popular dan kerana itu, hanya tinggal beberapa unit sahaja lagi Captur CKD yang datang dengan harga promosi RM98,000.

 

Captur rear quarter

 

Harga sebenar Captur ialah RM109,000 dan diskaun sebanyak RM11,000 telah diberikan untuk sejumlah unit. Nampaknya hanya tinggal beberapa unit sahaja lagi.

Captur ialah SUV kompak yang ranggi dan datang dengan enjin turbo. Di bawah ialah beberapa perkara yang anda perlu tahu akan Captur.

  • Di datangkan dengan enjin TCe 120 1,197cc dengan pengecas turbo.
  • Kuasa maksimum ialah 120PS dan tork ialah 190 Nm - hampir sama dengan kenderaan berenjin 1.8L bukan turbo tetapi kadar penggunaan bahan api menyerupai kenderaan 1.3L
  • Memiliki status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan 5.4L/100km.

 

captur interior

 

  • Transmisi automatik dengan klac berkembar (Efficient Dual Clutch) dengan enam nisbah untuk pertukaran yang sangat lancar dan cepat.
  • Stereng kuasa elektrik dengan radius pusingan U yang kecil (10.42 m)
  • Ruang tempat barang sebesar 377 liter dan lantai boot boleh dibuka atau dinaikan untuk menyediakan dua ruang kargo.
  • Fungsi Go ECO yang mengubah sistem komputer enjin untuk memberikan sehingga 10 peratus penjimatan bahan api.
  • Skrin sesentuh 7-inci Media Nav untuk sumber multimedia.

 

captur seats

 

  • Sarung tempat duduk boleh dibuka dan dibasuh - ini memang terbaik!
  • Mendapat anugerah 5-bintang oleh Euro NCAP.
  • Enam beg udara sekiranya yang terburuk berlaku.
  • Empat pilihan warna diberikan:
    • Merah, Flame Red (badan) / hitam Diamond Black (bumbung), dengan tambahan  RM900, merangkumi plat bahagian kaki Captur dan bekas mengisi barang di dalam but
    • Oren, Arizona Orange (badan) / hitam, Diamond Black (bumbung)
    • Biru Pacific Blue (badan) / hitam, Ivory (bumbung)
    • Putih, Ivory (badan) / Hitam, Diamond Black (bumbung)
  • Datang lengkap dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan waranti ini dikawal sepenuhnya oleh TC Euro Cars.

Hubungi pengedar Renault terdekat untuk menempah crossover super modern ini sebelum anda menggigit jari.


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakatan Renault-Nissan ialah perkongsian strategik di antara syarikat automatif dari Perancis iaitu…
Berita Domestik
Bulan Mac lalu, Renault-Nissan Alliance (RNA) telah mengumumkan bahawa kesemua model-model Light…
Informasi
Ini bukan mainan, ini merupakan teko teh edisi terhad yang telah dikeluarkan oleh Renault. Teko…