Renault Captur kini dengan pakej servis 5inCaptur dan rebat RM5,000

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini telah mengumumkan pakej selepas jualan ‘5inCaptur’  untuk Renault Captur pemasangan tempatan (CKD). 

 

Lebih menarik lagi, rebat sebanyak RM5,000 turut ditawarkan sepanjang tempoh promosi yang kini sedang berlangsung hingga 31 Oktober 2017. 

Renault Captur

Servis selepas jualan 5inCaptur diperkenalkan untuk menawarkan para pelanggan dengan kemudahan dan lebih penjimatan selama lima tahun. Pakej tersebut merangkumi:

 

  • Servis dan penyelenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) untuk lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu
  • Jaminan pengilang selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had
  • Bantuan tepi jalan 24 jam secara percuma
  • Perkhidmatan mengambil dan hantar untuk penyelenggaraan berjadual di pusat servis Renault
  • Servis mobiliti dengan kereta gantian sekiranya alat ganti tidak boleh diperoleh untuk tempoh 48 jam di pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan

 

Pakej servis ‘5inCaptur’ baharu mengikut pakej ‘5inFluence’ yang sudahpun ditawarkan kepada para pemilik Fluence.

Renault Captur

 

Renault Captur menawarkan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api menerusi penggunaan enjin turbocharged TCe 120 yang yang mampu menjana tork lebih tinggi berbanding enjin aspirasi biasa bersesaran 1.8L. Ia turut dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, Renault Captur menjanjikan kuasa maksimum 120PS pada 4,900rpm dan tork puncak 190Nm yang boleh diperoleh pada 2,000rpm. 

 

Pada masa yang sama, crossover lincah ini dapat menawarkan penjimatan bahan api luar biasa sehingga 5.4L/100km. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan mode ECO Captur, pengguna boleh mencapai penjimatan bahan api sehingga 10 peratus. 

 

Ciri standard dan sistem keselamatan termasuklah lampu utaa serta penggilap cermin automatik, MediaNav dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci, navigasi, kamera undur, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, empat beg udara (dua di hadapan dan dua di bahagian kepala/thoraks), Electronic Stability Control (ESC) dengan kawalan cengkaman dan Hill Start Assist.

 

 

Sebagai model pemasangan tempatan dan menerima penarafan EEV (Kenderaan Cekap Tenaga), Renault Captur ditawarkan pada harga RM109,000 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

Renault Captur

 

Renault Captur hadir dalam empat pilihan warna dua tona yang menaik iaitu:

 

  • Warna baru - Merah Flame Red (badan) / hitam (Diamond Black) pada bumbung; tambahan sebanyak RM900 merangkumi plat kaki dan bekas pada bahagian kargo belakang Captur
  • Oren (Arizona Orange) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung
  • Biru (Pacific Blue) (badan) / putih (Ivory) pada bumbung
  • Putih (Ivory) (badan) / Hitam (Diamond Black) pada bumbung

 

Maklumat lanjut tentang Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.myatau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Menerusi kerjasama kejuruteraan lencana dengan rakan sepakatan Renault, Mitsubishi ASX 2023 secara…
Berita Global
Terima kasih kepada rakan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, crossover ASX tersebut kini…