Renault bakal bikin model pesaing Ertiga, Xpander menggunakan platform crossover Kwid

oleh Mohamad Hanif|
Penurunan jumlah jualan crossover Kwid di pasaran India membuatkan Renault memikirkan satu produk yang sesuai untuk pasaran di sana, tidak lain dan tidak bukan, LMPV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di Indonesia, pasaran Low Multipurpose Vehicle (LMPV) kini sememangnya sangat sengit dengan model-model menarik seperti Suzuki Ertiga, Daihatsu Xenia, Honda Mobilio, Mitsubishi Xpander dan Wuling Confero. 

Dengan pakej yang menarik ditambah pula dengan harga yang mampu dimiliki, tiada sebab untuk Renault tidak menceburkan diri di dalam bidang yang serupa. 

 


Walaupun Renault kini telah bergabung dengan Nissan dan Mitsubishi, khabarnya Renault tidak akan menggunakan platform sedia ada sepertimana yang dilakukan oleh Nissan yang akan menggunakan platform Xpander bagi menggantikan Nissan Grand Livina yang sudah tersedia lama di pasaran. 

Menggunakan platform CMF-A yang turut digunakan pada Renault Kwid, sebuah crossover kelas permulaan yang dihasilkan untuk pasaran India, Renault dijangka akan hadir dengan produk LMPV tersendiri dengan kemampuan membawa tujuh orang penumpang. 


LMPV dengan kod nama Renault RBC (bukan nama rasmi) ini akan berkongsi majoriti panel daripada Renault Kwid termasuklah papan pemuka dan paparan analog digital sebagaimana yang digunakan oleh Renault Captur. 

Dikhabarkan juga Renault RBC ini bakal dilengkapkan dengan corong pendingin udara pada setiap baris manakala ciri pendingin hawa digital pula hadir pada varian premium sahaja.

 


Setakat artikel ini disiapkan, masih tiada info lanjut berkaitan cubaan Renault mencuba nasib di dalam arena LMPV ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…