Rekaan paten motosikal turbo Suzuki timbul: nama Katana bakal digunakan?

oleh Mohamad Hanif|
Sejak model konsep Recursion muncul pada tahun 2013, akhirnya para peminat Suzuki mampu menarik nafas lega apabila model (kemas kini) tersebut kini bakal memasuki fasa produksi menjelang 2019.
Kawasaki Legend Reborn

Model turbo ini dikatakan telah berevolusi daripada enjin 588 cc SOHC parallel twin pada konsep asal kepada enjin 700 cc DOHC. 
 


Jika model Recursion dikatakan mampu menghamburkan sejumlah 100 hp kuasa, enjin 700 cc yang digunakan pada model ini dijangka akan mencecah angka 150 hp. 

Rekaan paten tersebut telah mendedahkan pelbagai aspek terkini yang diperkenalkan untuk model terbaharu Suzuki, termasuklah peralihan daripada rekaan aluminium beam kepada rangka keluli jenis trellis dan rekaan sistem sejukan enjin yang lebih kompak berbanding model konsep sebelum ini. 

Ini juga termasuklah rekaan rim enam bilah di hadapan dan 10 bilah pada roda belakang. 
 


Walaubagaimanapun, Suzuki masih merahsiakan rekaan untuk badan motosikal turbo tersebut daripada pengetahuan umum. 

Model terbaharu ini bakal menggunakan kod nama GSX700T dan mungkin juga akan menggunapakai kembali nama ikonik Katana yang begitu sinonim dengan Suzuki sebelum ini. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Suzuki bukanlah merancang untuk menghasilkan sebuah pedang produksi massa, akan tetapi ia lebih…
Berita Global
Syarikat Suzuki Motor bersetuju untuk memindahkan 50 peratus sahamnya di dalam Changan Suzuki…
Berita Global
Sejak ditubuhkan dalam tahun 1983, syarikat yang pada asalnya dikenali sebagai Maruti Ugyog Limited…