Regas Premium Sabah wakil pengedar jenama BMW terbaharu di Kota Kinabalu

oleh Mohamad Hanif|
Regas Premium Sabah dan BMW Malaysia pada hari ini telah membuka bilik pameran BMW dan BMW Motorrad yang terbaharu di Kota Kinabalu, Sabah.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Berucap sewaktu majlis pembukaan yang telah berlangsung, En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, "(pembukaan cawangan baru) ini merupakan satu usaha yang bertepatan pada masa bagi memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan kepada pra pelanggan kami, dan turut disumbang oleh penjualan yang melebihi 500 unit di rantau Borneo Malaysia" 

Pada tahun yang lalu, BMW telah berjaya mencatatkan peningkatan penyerahan unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad sebanyak 18% di Sabah berbanding tahun 2016.

 


Regas Premium Sabah Sdn Bhd merupakan usaha sama antara TM Vision Auto Services Sdn Bhd (iaitu sebuah syarikat subsidiari milik TBMC Group of Companies) dan Regas Group of Companies.

Regas Premium Auto ialah wakil pengedar sah bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di negeri Sarawak dan telah dilantik sebagai pengedar servis sah bagi BMW i pada tahun 2016 di negeri tersebut, dan pada tahun lepas, mereka telah mendirikan fasiliti pengecasan awam BMW i yang pertama di rantau Borneo Malaysia yang terletak di CityOne Megamall Kuching.
 


Regas Premium Sabah akan menggantikan FM Autohaus sebagai pengedar terbaharu BMW Group Malaysia di Kota Kinabalu dan akan beroperasi menggunakan fasiliti sebesar 53,500 kaki persegi yang terletak di Jalan Penampang. 

Ia menawarkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh termasuk Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi jenama BMW dan BMW Motorrad, serta fasiliti servis bagi jenama BMW i dan MINI.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 20 pengedar BMW, 8 pengedar MINI, dan 9 pengedar BMW Motorrad di seluruh negara. 

Regas Premium Sabah terletak di Lot 17362, Mile 3, Lido, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terletak di dewan pameran Regas Premium Auto, ia adalah satu-satunya pusat jualan BMW di Sarawak…
Berita Domestik
Ini kerana salah satu daripada pengedar rasmi jenama BMW, Regas Premium Auto baru-baru ini…
Berita Domestik
En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “…