REDLINE Fitness Games oleh Nissan janjikan hadiah Almera baharu untuk peserta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pertandingan REDLINE Fitness Games oleh Nissan buat julung kalinya bakal diadakan semua pengunjung gim dan penggemar kecergasan seluruh Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keterujaan pertandingan itu ditambah dengan pengumuman hadiah cabutan menarik yang berupa sebuah Nissan Almera serba baharu.

Pertandingan itu dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 September 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC), di mana ia bakal menjadi satu pertandingan kecergasan terbesar yang pernah diadakan.

 

2

 

Para peserta berpeluang untuk menguji dan mengukur tahap kecergasan, di mana para peserta boleh menjangkakan satu pengalaman yang mencabar, mendebarkan dan sukar untuk dilupakan.

Ia bakal memberikan individu peluang eksklusif untuk menyerlahkan potensi kecergasan sebenar masing-masing dalam satu acara kecergasan yang hebat dan menyeronokkan.

 

3

 

Pertandingan itu akan dilaksanakan melalui laluan direka dengan teliti yang terdiri daripada 12 stesen ujian kecergasan.

Antaranya ialah cabaran Ski-erg, Dead Ball Burpees, Agility Chamber dan Sled Push". Selain daripada itu, terdapat juga tiga cabaran Zon Merah NISSAN di mana peserta boleh menguji ketahanan kardiorespiratori dan otot mereka.

Sebagai sebahagian daripada pengaktifan acara kemuncak, empat peserta terkuat akan berpeluang untuk menguji kekuatan dan daya ketahanan masing-masing dengan menarik sebuah trak Nissan  Navara.

 

4

 

Para peserta juga boleh memilih daripada pelbagai kategori, antaranya ialah Perseorangan Lelaki dan Wanita (divisyen terbuka dan kompetitif), Kategori Beregu (Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran), dan Pasukan Berganti-ganti (Lelaki, Wanita dan Campuran dengan dua lelaki dan dua perempuan).

Tanpa mengira tahap kecergasan anda atau kategori pertandingan yang menjadi pilihan, pastinya terdapat kategori yang dapat mencabar dan memberi inspirasi kepada peserta untuk melakukan yang lebih baik berbanding dengan prestasi sebelum ini.

Untuk mereka yang berminat, tiket pertadingan boleh dibeli di laman web REDLINE Fitness Games, atau kunjungi roadshow yang akan berlangsung di beberapa lokasi berikut.

roadshow redlinefitnessgames