Recall: Lebih 100,000 ribu unit Honda melibatkan 5 model dipanggil semula di US

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Honda US telah telah memanggil semula lebih 124,077 kenderaan termasuk lima model dari tahun 2020 hingga 2023 kerana masalah brek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Panggilan semula itu, yang dilaporkan Honda kepada NHTSA pada 29 Jun, melibatkan model Civic 2020-2021, Ridgeline 2020-2023, Passport 2021-2023, Pilot 2021-2022, dan model Acura MDX 2020.

 

2

 

Isu tersebut melibatkan pengikat yang menghubungkan penggalak brek (brake booster) dan silinder induk brek (brake master cylinder) longgar, dimana ia boleh menyebabkan silinder induk brek terpisah daripada pemasangan penggalak.

Kerosakan tersebut berisiko untuk menyebabkan kehilangan fungsi brek dan mengakibatkan kemalangan.

 

3

 

Setakat ini, Honda US mengatakan bahawa mereka hanya menerima dua tuntutan waranti, dan tiada kecederaan, kemalangan atau kematian yang berkaitan dengan isu tersebut.

 

Sumber: Carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…