Recall: JPJ adakan panggilan umum Siri 2, turut libatkan motosikal Honda dan Yamaha

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini telah mengadakan hebahan umum Siri 2 untuk panggilan semula (recall) yang melibatkan beberapa model jenama kereta dan motosikal yang dijual di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sambungan dari panggilan semula umum yang dilakukan pada bulan April lepas, di mana JPJ membantu untuk menghebahkan mengenai kempen panggilan semula yang melibatkan semua jenama di Malaysia.

Panggilan semula terkini oleh pihak pengeluar kenderaan yang terlibat berdasarkan kepada rekod yang diterima oleh pihak JPJ.

Antara jenama kereta dan motosikal yang terlibat dalam panggilan umum Siri 2 oleh JPJ ialah Kia, Mercedes-Benz, Ford, Honda dan Yamaha.

Menurut kenyataan JPJ di hantaran Facebook, "Terdapat maklumbalas daripada pihak pengeluar kenderaan yang melaksanakan aktiviti Pemanggilan Semula Kenderaan ini memaklumkan bahawa terdapat kesukaran untuk menghubungi pemilik- pemilik kenderaan disebabkan oleh maklumat pemilik tidak dikemaskini."

"Terdapat juga kenderaan yang telah bertukar hak milik tanpa pemilik terkini mengemaskini maklumat peribadi mereka.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk mengemaskini maklumat peribadi di pusat servis kenderaan bertauliah (authorized service centre) bagi kenderaan yang dimiliki dan juga di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan pemilik dihubungi sekiranya kenderaan mereka terlibat dengan aktiviti Pemanggilan Semula (Product Recall)."

"Pengabaian terhadap aspek dan tanggungjawab pengemaskinian maklumat oleh pemlik kenderaan akan menyebabkan pemilik tidak dapat dihubungi lantas menyebabkan kenderaan tersebut tidak dapat diperbaiki dengan sewajarnya."

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…