Rebat raya dari Toyota

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena Hari Raya Aidilfitri ini, seperti lazimnya ramai yang menukar kereta, atau membeli kereta baharu, baik pembeli pertama kali mahupun yang menaktaraf kenderaan mereka.

Sehubungan ini UMW Toyota Motor Sdn Bhd menawarkan beberapa tawaran hebat dengan promosi jualan 'Toyota Ramadhan Drive' mereka sepanjang bulan Mei. Promosi ini diadakan di semua bilik pameran di seluruh Malaysia.

Banyak rebat menarik ditawarkan untuk semua model Toyota yang terdapat di Malaysia. Anda boleh jimat sehingga RM5,000 bergantung kepada model dan varian. Selain rebat, terdapat juga penyelenggaraan berjadual percuma dan pakej aksesori percuma bernilai sehingga RM5,700. Pakej ini termasuklah barang-barang berguna seperti pada Perakam video digital, sistem infotainment DVD AVX dengan kamera undur, cermin sisi bolehlipat, Toyota Premium Security dan filem penapis haba solar. Khusus untuk Vios, terdapat juga Panoramic View Monitor yang merupakan ciri pertama yang diperkenalkan dalam segmennya.

Tawaran yang diberikan Toyota adalah seperti berikut:
Toyota Camry - Rebat tunai sehingga RM5,000
Toyota Hilux - Rebat tunai sehingga RM4,000
Toyota Vios - Rebat tunai sehingga RM3,000 + Aksesori Percuma bernilai sehingga RM4,000
Toyota Corolla Altis - Rebat tunai sehingga RM3,000 + Pakej Nilai Percuma bernilai sehingga RM5,700
Toyota Fortuner - Rebat tunai sehingga RM3,000
Toyota Sienta - Rebat tunai sehingga RM4,000
Toyota Avanza - Rebat tunai sehingga RM2,000
(Semua tawaran adalah untuk varian terpilih dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, sementara stok masih ada).

09320DTT004 May 2017 Print 25042017
09320DTT004 May 2017 Print 25042017

Semua model yang ditawarkan di atas adalah model 2017 dengan spesifikasi dan peralatan terkini. Terdapat juga waranti 5 tahun / perbatuan tanpa had (kecuali untuk Toyota Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000 km) untuk ketenangan pemilikan. Malah jaminan ini boleh dinikmati pemilik baharu kereta yang anda jualkan jika masih berkuat kuasa.

Pada 13 dan 14 Mei, semua bilik pameran Toyota bertauliah di seluruh Malaysia akan menawarkan Hujung Minggu Pra-Raya. Pandu-uji akan disediakan dan akan ada aktiviti untuk semua ahli keluarga termasuklah si kecil anda juga. Sila layari toyota.com.my. untuk mengetahui lokasi bilik pameran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Labuan atau Langkawi. Anda juga boleh menghubungi telefon percuma Toyota di 1800-8-TOYOTA (869.682) pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…