RAV4 baharu bukti Toyota mula mendengar keluhan pelanggan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Percaya atau tidak, genre SUV kompak sebenarnya dipopularkan oleh Toyota RAV4.

Bermula dengan model XA10, generasi pertama RAV4 yang dilancarkan dalam tahun 1994 sudah nampak canggih untuk zaman itu.

RAV4 atau Recreational Activity Vehicle: 4-wheel drive dan disebut sebagai Ravufo di Jepun, ia direka untuk pasaran Jepun, Eropah dan US khusus untuk mereka yang mahukan posisi pemanduan yang tinggi, ruang kargo yang lebih besar dari hatchback, pemanduan AWD tetapi dengan pengendalian, keselesaan dan penggunaan bahan api seperti kereta.

 

 

Namun begitu, bermula dari generasi kedua dan terus ke generasi ketiga, Toyota berkemungkinan besar meminta seorang guru besar sekolah untuk menghasilkan rekabentuk RAV4 kerana terus berubah dari ranggi menjadi bosan.

Generasi keempat pula seperti seorang lelaki berusia 55 tahun tetapi cuba berlagak 28. Mungkin kerana itu minat pasaran terhadap RAV4 mula dicabar dan ia hanya menjadi pilihan individu yang mempunyai daya kreativiti seperti sebuah dinding hospital - putih dan kosong.

Bagi generasi kelima, Toyota terus mengambil sehelai kertas dan bermula dari kosong. Hasilnya ialah sebuah SUV yang lebih agresif, kebih bersegi dan mungkin, ya mungkin, lebih cantik.

 

 

Mungkin rekabentuk ialah satu perkara yang subjektif, dan Careta rasa tidak perlu diterangkan dengan lebih panjang lebar.

Cukup jika kita katakan bukaan ruang tayar ala Jeep Cherokee, bumbung warna putih seperti FJ Cruiser dengan bahagian depan bersegi ala Hyundai Tucson/Santa Fe ini mungkin akan mewujudkan peminatnya tersendiri.

Penggunaan platform TNGA memberikan ia kelebihan di mana ianya 57 peratus lebih kukuh dan ini baik untuk kestabilan dan keselamatan penumpang.

 

 

Sistem gantungan belajang menggunakan multi-link dan RAV4 ini juga setengah inci lebih tinggi dari yang lama. 

Dua enjin ditawarkan:

  • Enjin Dynamic Force 2.5L 4-silinder VVT-iE dengan transmisi 8-kelajuan automatik dengan Direct-Shift.
  • Enjin Dynamic Force 2.5L 4-silinder Hybrid THS II dengan E-CVT

Dengan lapan beg udara dan pelbagai lagi keistimewaan, sememangnya RAV4 baharu adalah lebih bersedia untuk cabaran sekarang.

 

 

RAV4 sebenarnya tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia. Menurut sumber Careta, UMW Toyota tidak mendapat pelepasan harga yang menarik dari Toyota pusat bagi menjadikan RAV4 lebih berdaya saing berbanding dengan SUV lain dalam ketegori yang sama (Nissan X-Trail, Mazda CX-5 dan Honda CR-V).

Selama ini RAV4 dibawa masuk oleh pengedar-pengedar kenderaan import terpakai (reconditioned) dan harganya memang lebih premium dari SUV yang lain yang dijual di sini.

Dengarnya UMW Toyota memang mempunyai perancangan untuk memasang RAV4 baharu ini di Malaysia dan model hybrid itu boleh menerima insentif cukai yang rendah jika ia sebuah CKD.

Sama-sama tunggu dan lihat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, hal ini tidak tertakluk kepada Mitsuoka, di mana mereka sangat terkenal membina kereta…
Pelancaran
Dimulakan dengan varian asas, RAV4 2.0 liter hadir dengan enjin Dynamic Force 2.0 liter M20A-FKS…
Berita Domestik
Harga jualan untuk model SUV baharu ini bermula dari RM203,880.00 untuk varian 2.0 liter manakala…