Rasai pengalaman pandu uji Ford Ranger secara realiti maya di Ford Pop-Up Store

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia akan memperkenalkan sebuah stor Pop-Up Ford baharu di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor pada 20 Julai sebelum memulakan siri jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Stor Pop-Up Ford itu direka bagi menawarkan pengguna dengan satu peluang unik untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ranger dalam persekitaran yang berbeza, berbanding di pusat pameran biasa.  

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata kini lebih ramai pengguna membuat keputusan berdasarkan pengalaman mereka (memandu uji) dan menerusi stor Pop-Up Ford yang pertama ini di harap dapat menawarkan persekitaran peruncitan yang berbeza kepada pelanggan dan mengubah cara mereka membeli kenderaan.


Stor Ford Pop-Up menampilkan teknologi realiti maya (VR) yang mengasyikkan yang membawa pelanggan lebih dekat dengan Ranger dan membolehkan mereka merasai pengalaman menggunakan dua teknologi bantuan pemandu Ford yang canggih – Forward Collison Alert dan Lane Departure Warning and Assist.   

Forward Collison Alert memberi amaran sekiranya ia mengesan kemungkinan besar pelanggaran akan berlaku dan ia akan menekan brek (pre-charge) untuk memendekkan jarak berhenti.

Sementara ciri Lane Departure Warning and Assist pula memberi amaran kepada pemandu jika kenderaan tersasar dari garisan jalan, sebelum membantu mengembalikan ke laluan asal sekiranya tiada sebarang tindakan diambil. 

Pelanggan juga akan mengetahui lebih banyak mengenai pelbagai teknologi keselamatan dan pintar yang membantu Ranger terus menetapkan penanda aras dalam industri sebagai trak pikap paling laris di pasaran. 
 


Pelanggan yang mengunjungi stor Pop-Up Ford boleh mengambil peluang atas kempen Seize the Deal’ yang sedang berlangsung sekarang dan mendapat rebat tambahan sehingga 10 peratus di samping penjimatan GST sebanyak enam peratus ke atas Ford Ranger untuk penjimatan sehingga RM19,830. 

Kempen ‘Seize the Deal’ juga disediakan untuk model Ford Fiesta dan Mustang, menawarkan rebat sehingga 17 peratus dan penjimatan keseluruhan yang mengagumkan sehingga RM113,000. Promosi ini sah sehingga 31 Ogos 2018. 

Stor Ford Pop-Up akan mula beroperasi pada 20 hingga 22 Julai di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor dan dibuka kepada orang ramai dari 10am hingga 10pm setiap hari. 

 


Berikut merupakan jadual bagi lokasi stor Ford Pop-Up diseluruh negara

Tarikh

Lokasi

20 – 22 Julai 2018

Subang Parade, Subang Jaya

27 – 29 Julai 2018

Queensbay Mall, Penang

2 – 4 Ogos 2018

Tesco Kota Bharu, Kelantan

10 – 12 Ogos 2018

Setia City Convention Centre – Lot B Car Park, Setia Alam

23 – 25 Ogos 2018

Sutera Mall, Johor Bahru

6 – 8 September 2018

Aman Sentral, Alor Setar, Kedah

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…