Rangkaian penuh Pure Electric Volvo Car kini tersedia di platform 'Online Sales'

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Meneruskan inisiatifnya untuk menjual kereta secara terus, Volvo Car Malaysia kini menawarkan rangkaian penuh model Pure Electric kepada para pelanggan melalui platform 'Online Sales' selepas kejayaan pelancarannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Platform ‘Online Sales’ membolehkan para pelanggan Volvo untuk menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar melalui beberapa ciri utama, antaranya ialah:

  • Pelanggan kini boleh berurusan terus dengan Volvo Car Malaysia melalui platform ‘Online Sales’
  • Membolehkan pelanggan membuat pembelian kereta Volvo idaman mereka melalui kaedah pembayaran yang selamat
  • Pelanggan yang berminat juga dapat melihat ketersediaan stok dan harga dengan lebih jelas
  • Platform yang memberikan pelanggan pengalaman pemesanan kereta Volvo yang selamat dan mudah

Kemas kini penawaran barisan penuh model Pure Electric di platform tersebut menandakan hasrat Volvo Car Malaysia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penggerak utama segmen e-mewah.

 

2

 

Antara model Pure Electric yang kini ditawarkan di platform 'Online Sales' ialah Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Para pelanggan kini boleh membuat tempahan dan pembayaran secara terus kepada Volvo Car Malaysia melalui laman web
rasmi syarikat tersebut di sini.

Bermula 1 Mei hingga 30 Jun, Volvo Car Malaysia juga telah mengumumkan satu siri promosi untuk kesemua model kereta mereka.

 

3

 

Pelanggan yang mendaftarkan kereta Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric ketika tempoh itu, bakal menikmati baucar pengecas dinding (wallbox) bernilai RM7,000 dan Insuran Volvo Car untuk tahun pertama secara percuma.

Anda yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman memandu dua model Pure Electric tersebut boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia atau hubungi mana-mana penjual Volvo yang berdaftar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…