Range Rover Velar kini di Malaysia - harga jualan bermula RM529,800

oleh Mohamad Hanif|
Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan SUV mewah bersaiz sederhana, iaitu Range Rover Velar. Direka berdasarkan tema "reductionism", ringkas dan elegan, Velar mempunyai personaliti tersendiri yang tidak boleh dibandingkan dengan pesaing SUV yang lain.

Pemenang anugerah Rekaan Kereta Terbaik Tahunan pada World Car Award 2018, Velar mempunyai reka bentuk garis luaran yang menawan, dan garis badan yang sememangnya membezakan Velar dengan SUV pesaing.



PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dijual bermula pada tanda harga RM529,800, Velar mempunyai dua varian, iaitu varian standard dan R-Dynamic. Kedua-dua varian menggunakan enjin Ingenium P250 yang menghasilkan 250 PS dengan kuasa tork maksimum dicatatkan 365 Nm. 

 

Kuasa itu kemudian dipadankan dengan penggunaan transmisi ZF dengan lapan nisbah kelajuan sebelum disalurkan ke semua roda dengan bantuan ciri Intelligent Driveline Dynamics. 

 

Velar mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.7 saat dan mencatatkan rekod penggunaan bahan api serendah 7.6 liter untuk setiap 100 km dan kadar perlepasan karbon dioksida sebanyak 173 g/km mengikut kiran NEDC. 



Menggunakan bahan binaan aluminium hampir 81 peratus pada kerangka monocoque berdasarkan Lightweight Aluminium Architecture dari Jaguar Land Rover, Velar menawarkan sebuah casis yang ringan, teguh dan juga melindungi pemandu dan penumpang dari sebarang kemalangan. Sistem gantungan Velar menggunakan suspensi jenis double wishbone di hadapan dan suspensi jenis Integral Link di bahagian belakang, ia menawarkan pengendalian kenderaan yang cemerlang di samping keselesaan pemanduan yang terbaik. 



 

 

Range Rover Velar dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang bijak mengagihkan kadar tork yang optimum sesuai untuk pelbagai keadaan jalan. Sistem yang sangat responsif ini mampu menukar kadar tork yang diperlukan berdasarkan keadaan jalan semasa dalam lingkungan beberapa milisaat. 

 

Rekaan dalaman Velar yang mewah turut diserikan dengan penggunaan bahan khas kulit yang berliang bagi varian standard atau dengan tambahan bahan Suede bagi varian R-Dynamic. Pembeli juga boleh memilih untuk menempah kerusi dengan tekstil premium daripada syarikat pakar di Eropah, Kvadrat. 

 

Bagi membezakan Velar dengan pesaing SUV yang lain, ia tampil dengan ciri-ciri moden yang mesra pengguna seperti ciri pemegang pintu yang "terbenam" di dalam badan, dan sistem infotainment Touch Pro Duo yang menggunakan dua skrin bersaiz 10 inci berdefinisi tinggi. Sistem ini membenarkan pemandu melakukan pelbagai tugasan tanpa mengabaikan keselamatan ketika memandu. 

 


Antara ciri keselamatan yang lain yang ditawarkan seperti enam buah beg udara, sistem bantuan kepada pemandu seperti Head Up Display, Navigation Pro System dan juga Cruise Control dengan ciri Speed Limiter



 

Velar ditawarkan dengan pilihan lapan warna yang menarik iaitu Fuji White, Yulong White, Corris Grey, Santorini Black, Kaikoura Stone, Firenze Red, Silicon Silver dan Carpathian Grey termasuk lima gabungan pilihan warna dalaman seperti   Ebony/Ebony, Acorn, Vintage Tan/Ebony, Eclipse/Ebony dan Light Oyster/Ebony.

Range Rover Velar didatangkan bersama dengan program Land Rover Care yang meliputi waranti selama lima tahun termasuklah servis percuma dan bantuan atas jalan untuk tiga tahun. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikuasakan oleh enjin P250 Ingenium yang berupaya melepaskan 250 kuasa kuda dan 365 Nm kuasa tork,…
Berita Global
  Lebih manis apabila sebuah kereta dan dua SUV keluaran kumpulan Jaguar Land Rover iaitu F-Type…