Range Rover Velar diiktiraf kereta paling cantik di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini berita yang menarik. Berita tentang kereta paling cantik di atas planet bumi yang diadakan sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa New York (NYIAS) 2018.

Majlis anugerah tersebut dikenali sebagai Anugerah Kereta Dunia 2018 (2018 World Car Awards).

Seperti yang dilaporkan sebelum ini Volvo XC60 telah diiktiraf sebagai Kereta Dunia 2018 dan tidak disangkal lagi SUV ini memang hebat.

Anugerah kereta tercantik dunia tahun 2018 ( World Car Design of the Year) pula dihadiahkan kepada sebuah lagi SUV iaitu Range Rover Velar.

Satu yang menarik apabila Range Rover Velar sebenarnya turut tersenarai sebagai tiga finalis utama Anugerah Kereta Dunia yang turut diisi oleh dua lagi SUV iaitu Mazda CX-5 dan Volvo XC60.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Range Rover Velar

 

Lebih manis apabila sebuah kereta dan dua SUV keluaran kumpulan Jaguar Land Rover iaitu F-Type, Evoque dan F-Pace turut terpilih sebagai kereta tercantik dunia pada tahun-tahun sebelum ini. 

Velar mempunyai reka bentuk tersendiri seperti perkadaran (proportion) dan bentuk yang cantik. Dari segi segmen, ia diposisikan di antara Range Rover yang besar dan Evoque yang agak kompak.

Selain ciri-ciri fizikal, Velar turut mempunyai identiti unik seperti lampu utama nipis Matrix Laser-LED dan pembuka pintu yang tersorok ke dalam badan kereta.

Saingan tiga teratas pula bukan calang-calang, dua lagi finalis ialah Volvo XC60 dan Lexus LC 500.

Kemenangan Velar diputuskan oleh juri yang terdiri 82 jurnalis automotif antarabangsa dari 24 buah negara.

 

Range Rover Velar

 

Pada tahun lalu Kumpulan Jaguar Land Rover turut mencatat kemenangan serupa melalui Jaguar F-Pace. 

Range Rover Velar dilancarkan pada tahun lepas dan terdapat enam nadi kuasa ditawarkan bermula daripada enjin 2.0 liter diesel Ingenium 180 PS hinggalah kepada 3.0 liter V6 petrol supercaj berkuasa 380 PS.

Buat yang berminat kemungkinan besar Velar akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat memandangkan ia sudah dijual di Thailand pada harga yang... agak menarik.

Harga varian asas bermula dari RM 740,000 hingga RM 864,000. Di UK, harga Range Rover Velar bermula dari GBP 44,830 atau RM 242,787.87.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta itu dipercayai dibawa dari negara Eropah. "Nilai…
Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
Menurut kajian tersebut, model tersebut mempunyai kadar kesetiaan 41.1 peratus sehingga bulan April…