Range Rover SVAutobiography, SUV mewah atau banglo bergerak?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika anda seorang ahli bisnes, pengurusan tertinggi atau ahli politik kenderaan rasmi yang biasa digunakan ialah kereta penumpang mewah seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi, Lexus atau MPV mewah buatan Toyota iaitu Alphard dan Vellfire.

Selain itu, terdapat satu pilihan yang tidak kurang hebat dan semakin mendapat tempat. SUV mewah seperti Range Rover, Audi Q7 atau Volvo XC90.

Atau jika hendak benar-benar mewah dengan kerusi kapten, Range Rover SVAutobiography ini adalah jawapannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Model baharu ini memberikan gabungan pembuatan dan teknologi serta lambang kepada kemuncak perjalanan mewah sama ada anda duduk di kerusi pemandu atau penumpang.

Range Rover SVAutobiography ini hanya didatangkan dalam versi jarak roda panjang (Longwheel base /LWB) dengan pelbagai ciri-ciri kemudahan sepertu pintu belakang yang boleh ditutup hanya dengan sentuhan butang selain sanktuari mewah untuk pemilik dan penumpangnya.

Model ini didatangkan dengan pelbagai pilihan enjin seperti plug in hybrid dan enjin petrol supercaj V8 berkuasa 565 hp.

 

 

Tidak kira apa pun kuasanya, dalaman SVAutobiography ini benar-benar menarik perhatian ibarat banglo bergerak. Melalui gambar sahaja sudah cukup untuk tempat duduk belakang SUV mewah ini menggoda supaya dicuba.

Dengan jarak roda yang panjang, ruang kaki belakang berukuran lebih dari 1.2m manakala isi kerusi yang tebal dan konturnya sudah pun memberi bayangan keselesaan.

Bukan sahaja tampak mewah tetapi turut dilengkapi pelbagai fungsi. Kerusi ini mempunyai fungsi urutan batu panas, pemanas betis dan kaki bagi menenangkan pemiliknya yang berjuang dengan kehidupan seharian.

 

 

Dalaman SUV ini turut dilengkapi meja yang digerakkan secara elektrik dan skrin hiburan 10 inci serta sambungan WiFi 4G. Turut dilengkapi ialah peti sejuk yang tersembunyi di antara kedua-dua tempat duduk belakang.

Ketua Pegawai Rekaan Land Rover, Gerry McGovern berkata: "Range Rover SVAutobiography adalah lambang kemewahan, keselesaan dan perincian kemasan. Ini adalah lambang kepada standard kami dalam kualiti dan perincian yang merupakan identiti kepada SUV paling mewah kami sejak 50 tahun lalu. "

Range Rover SVAutobiografi ini benar-benar istimewa apabila ia  akan disiapkan dengan tangan secara eksklusif di Pusat Teknikal SVO di Warwickshire, UK.

 

 

Model ini akan dipertontonkan buat pertama kali di Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles pada 29 November 2017.

Berikut ialah harga di atas jalan Range Rover SVAutobiography di UK mengikut varian. Tidak lah mahal sangat jika mengikut standard harga negara kita bukan?

1. 4.4L SDV8 339HP

 

SDV8 SVAutobiography LWB

Diesel

£167,850.00 / RM911,114.33

2. 2.0L P400e PHEV 404HP

P400e SVAutobiography LWB

Petrol PHEV

£168,015.00 / RM912,009.97

3. 5.0L V8 S/C 565HP

 

V8 S/C SVAutobiography LWB

Petrol

£177,030.00 / RM 961,115.90

Penulis: Muhammad Md Tajudin