Rakyat Pekan lihat aksi drift terkemuka

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta terpaksa akui, tidak banyak ada aksi-aksi motorsports yang diadakan di Pahang.

Trengganu sudah siap dengan litar drag, sementara Kelantan aktif dengan scene-scene auto show seperti pameran trak custom baru-baru ini.

Namun begitu untuk negeri Pahang, aksi sebegitu memang sedikit walhal Pahang mempunyai kilang pemasangan kenderaan di Pekan.

Namun begitu minggu lalu berlangsung acara drift terbesar yang pernah dilihat oleh penduduk Pekan dan juga kawasan sekitar.

 

Salute Malaysia Drift Challenge yang dibawakan oleh Yayasan Perbadanan Ummah dan juga Loyal72 Event Management brlangsung pada 18 dan 19 November lalu di Litar Indrapura yang terletak di bandar diraja Pekan.

Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri kita sendiri, YAB Datuk Sri Najib Tun Hj Abdul Razak, menjadikan ia acara drift pertama yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

Lebih daripada 30 orang peserta yang mengambil bahagian di dalam dua kategori yang disediakan iaitu ‘Expert’ dan juga ‘Novice’. 

 

drift pergh

 

Acara kali ini di adili oleh lagenda drift tanah air kita iaitu Tengku Djan Ley (Prince of Drift Malaysia) dan juga Terrence Lim.  

Setiap jentera akan melalui sesi kelayakan sebelum mereka mara ke peringkat kalah mati ataupun lebih sinonim dengan panggilan ‘Tandem Battle’. 

Pada peringkat ini jentera dilepaskan dua buah secara serentak.

 

 

Drifter yang menjadi tumpuan kali ini ialah Farhan Baharom dari VCS Motorsport yang memandu jentera AE86 dan juga Nashriq dari Suzuka Drift team kerana mengumpul markah tertinggi di peringkat saringan. 

Farhan Baharom terpaksa berhenti di Top 8 kerana mengalami masalah jentera. 

Keputusan akhir bagi kategori ‘Expert’ ialah Anuar Ngah dari Ar Drift Team dinobatkan selaku juara. 

 

Naib juara disandang oleh Ah Wee dari Sinwufu Budi Drift Racing Team, Mael Shawn Lambung dari D-Tech Suzuka ditempat ketiga dan Tan Han Kiong ditempat keempat. 

Bagi kategori ‘Novice’, pula Zarzi Omar dari GG Auto Tech menjuarai kategori ini, Nazh Coupe bersama pasukan JD Team selaku naib juara, Cipot bersama Sinwufu Budi Drift Racing Team ditempat ketiga dan Micheal Chong dari Suzuka Borneo menamatkan kejuaraan di tempat keempat. 

 

Anugerah khas ‘Top Qualify’ dimenangi oleh Nashriq dari Suzuka Drift team kerana mengumpul markah tertinggi semasa sesi kelayakan.

Diharapkan agar Pahang tidak lagi ketandusan aksi-aksi motorsports. - Tomalique

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat…
Berita Global
Bukanlah perkara baharu, namun istimewanya Civic EK tersebut ialah penggunaan kebanyakan komponen…
Berita Global
Menjadi seorang yang memiliki kelainan upaya pada masa kini bukanlah suatu penghalang bagi mencapai…