Rakyat di Britain disarankan tinggal lesen memandu di rumah bagi mengelak hilang

oleh Afandi Che Muhamad|
Hampir sejuta rakyat di Britian berhabis jutaan ringgit untuk proses penggantian lesen memandu akibat hilang, rosak dan dicuri sepanjang tahun lalu menurut data dikeluarkan Agensi Pelesenan Kenderaan dan Pemandu (DVLA) baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, tiga peratus dilaporkan kehilangan lesen memandu dan dicuri individu tidak bertanggungjawab lain manakala selebihnya rosak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setakat Januari 2017 hingga tempoh sama tahun ini sahaja, sebanyak 931,527 permohonan penggantian lesen memandu baharu diterima daripada jumlah keseluruhan pemegang lesen aktif sekitar 37.5 juta.

Angka tersebut jelas membimbangkan yang mana jika dikira lebih £19 juta (RM104.2j) terpaksa dibelanjakan individu terlibat bagi tujuan tersebut dengan setiap sekeping kad menuntut kos sebanyak £20 (RM110) untuk dihasilkan semula.

Bagi mengenal pasti punca kepada permasalahan tersebut, DVLA mengambil langkah drastik melakukan kaji selidik berhubung isu berkenaan minggu lalu.

Berdasarkan statistik yang diperoleh, hampir 80 peratus daripadanya dikesan gemar membawa bersama dokumen pengenalan penting seperti lesen memandu dan kad pengenalan ketika keluar bersiar-siar dengan pengangkutan masing-masing.

Ada antaranya menempatkan dokumen penting berkenaan di dalam dompet masing-masing yang disimpan di bahagian belakang poket seluar.

Tindakan tersebut berisiko tinggi berlaku kehilangan.

 

 

Pengurus Bahagian Pemanduan bagi DVLA, Dudley Ashford (gambar) berkata, pihaknya berpendapat satu-satunya solusi terbaik yang boleh diambil DVLA ketika ini adalah dengan menyarankan golongan pemandu kenderaan dan penunggang motosikal di negara itu untuk menyimpan dokumen penting mereka di kediaman masing-masing.

"Membawa lesen memandu ketika menggunakan jalan raya tidak menjadi keperluan, kerana jika dilihat ia sering dibawa bagi membuktikan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk memandu apabila ditahan pihak berkuasa.

"Kenapa kami menyarankan langkah sebegini? Mengikut undang-undang jalan raya di Britain, anda mempunyai tempoh selama tujuh hari untuk membawa dokumen seperti lesen memandu ke balai polis berhampiran sekiranya ketika ditahan tidak lama sebelum itu anda tidak dapat menunjukkan lesen seperti diminta," katanya.

 

 

Dudley memberitahu, tidak menjadi kesalahan jika pengguna jalan raya gagal mengemukakan dokumen ketika ditahan.

Tambahnya, apa yang menjadi kesalahan adalah pengguna tidak dapat membawa dokumen tersebut ke balai berdekatan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mereka ditahan.

Terdahulu, Dudley menegaskan individu yang kehilangan lesen memandu boleh memohon penggantian lesen baharu menerusi atas talian kerana ia lebih mudah dan cepat.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah ketika menjawab soalan di sidang…
Berita Domestik
APAD juga mengumumkan permohonan Lesen Operator Sementara untuk perkhidmatan bas ekspress sempena…