Raikan bersama hari lahir yang ke-80 Volkswagen Beetle esok

oleh SALINA JALIL|
Siapa yang tidak mengenali Volkswagen Beetle bermaksud mereka bukan berasal dari bumi dan datang dari planet Marikh. Ia adalah salah satu kereta yang paling ikonik dalam sejarah automotif. Pada tahun ini, Beetle ikonik ini akan meraikan hari lahir yang ke-80 tahun, dan Volkswagen akan menyambutnya di seluruh negara.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

 

Perayaan hari lahir Beetle ini akan berlangsung pada hari Sabtu (esok), 17 Mac 2018 di semua pengedar Volkswagen dari 11 pagi hingga 5 petang.

 

Sempena sambutan hari lahir Beetle ini, pengunjung akan dapat menguji pandu Beetle Sport 1.2TSI, dan menikmati aktiviti riadah bersama keluarga yang pasti menyeronokkan. Di samping itu, mereka yang memandu uji Volkswagen Beetle juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, iaitu LEGO Volkswagen Beetle khas untuk sambutan ulang tahun ini.

 

Harga bagi sebuah The Beetle Sport adalah RM147,888 dan boleh didapati dalam enam warna pilihan iaitu :-

Bottle Green (hijau),

Pure White (putih),

Tornado Red (merah),

Blue Silk (biru),

Dark Bronze (gangsa gelap) dan

Habanero Orange (jingga)

 

beetle 2


Beetle ini juga dilengkapi dengan kawalan shifters, kawalan pelayaran, sistem penyaman udara 2-zon Climatronic, 6.5inci paparan skrin sentuh dengan App-Connect, kerusi kulit Vienna, kerusi dengan sokongan lumbar di bahagian tempat duduk hadapan, lampu depan bi-xenon dan LED lampu siang hari (DRL). Enjin TSI turbocharged 1.2l dengan keluaran 105PS - dengan DSG transmisi automatik 7-kelajuan dengan tork maksimum 175Nm untuk memastikan perjalanan yang menerujakan bagi setiap pemanduan

 

beetle 1


Untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, anda akan diberikan rebat sebanyak RM5,000 untuk setiap pembelian sebuah Beetle, serta rebat tunai sehingga RM15,000 untuk model Volkswagen yang lain. Semua model Volkswagen yang didaftarkan dari 1 Januari 2018 juga datang dengan tiga tahun (atau 45,000km, yang mana lebih awal) pakej penyelenggaraan percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…