Rahman Brothers naiktaraf pusat 3S sedia ada penuhi piawaian terbaharu Proton

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam pasti mengetahui pusat pameran yang dikendalikan oleh Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Jubli Perak Seksyen 22 itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini pihak pengurusan Rahman Brothers telah menambah baik dan mengubahsuai pusat pameran sedia ada bagi memenuhi keperluan baharu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi Proton bagi meningkatkan pengalaman pelanggan serta mutu khidmat selepas jualan yang lebih baik. 

Majlis pembukaan pusat pameran bertaraf 3S tersebut disempurnakan oleh Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar. 

 


Menurut Mohd Nazrin Mohamad Fozi, Pengarah Rahman Brothers Automotive Sdn Bhd berkata pusat pameran yang telah dinaiktaraf itu dijangka mampu meningkatkan jualan dan mutu perkhidmatan di samping dengan imej serba baharu yang lebih menonjol yang boleh menarik perhatian orang ramai. 

 


Antara kemudahan yang disediakan adalah 12 ruang petak penyelenggaraan termasuklah 9 mesin servis pengangkat, ruangan tempat letak kereta pelanggan, ruang parkir OKU, ruangan minuman serta khidmat WiFi yang diberikan secara percuma. 

Pusat pameran bertaraf 3S itu kini dibuka setiap hati bermula dari 9.00 pagi sehingga 7.00 petang termasuk hari ahad dan cuti umum. 
 


Sehingga 30 Jun 2018, Proton mencatatkan 87 buah cawangan yang bersedia dinaiktaraf kepada pusat 3S dan 4S dengan lebih 80% berbanding sasaran awal 109 cawangan menjelang akhir Oktober 2018. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembesaran bilik pameran terbaru itu merupakan bilik pameran terbesar Mitsubishi Motors di Kuching…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…
Berita Domestik
Dengan pembukaan cawangan kedua ini, pelanggan dapat merasai pengalaman 3S premium sama ada untuk…