Putra punggung Jepun tarik perhatian ramai

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biasanya, model Proton Wira dan seangkatan dengannya akan menggunakan bahagian hadapan dari Mitsubishi Lancer atau dari Mitsubishi Evo.

Namun untuk Mohd Khaidir Anwar, itu adalah satu kebiasaan dan beliau mahukan kelainan.

Semangat berani anak Melayu berusia 28 tahun ini dipertontonkan pada kenderaan kesayangan beliau, sebuah Proton Putra yang menggunakan muncung dan ekor sebuah Lancer.

Putra Evo 1

Masih bujang, Khaidir atau Eday yang berasal dari Johor Bahru ini kini menetap di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Bekerja sebagai eksekutif teknikal untuk sebuah pusat servis Volkswagen, Proton Putra ini dibeli dalam tahun 2006 oleh abangnya, yang kemudian diturunkan kepada kakak Eday sebelum beliau mengambil alih Proton coupe sporty ini.

Enjin asal 4G93 1.8 liter ditukar kepada enjin 4G63 Turbo dengan sistem AWD. Segala pengubahsuaian power train itu dilakukan oleh mekanik peribadi beliau, Rosli Salkam dari Kluang, Johor.

Putra Evo 2

 

Antara modifikasi yang digunakan ialah piston bersaiz 86 mm dari jenama CP Carrillo bersama con-rod Duratech, bearing dari King dan cam-pully bolehlaras dari Toda.

Untuk extractor ekzos atau banana pula, Eday menggunakan extractor Turbo S stainless-steel yang digabungkan dengan wastegate Tial bersaiz 38 mm.

Injap blowoff "sheepdog", turbo TD05 dari Evo 3 dengan kacukan transmisi Evo 1 lengkap dengan semi Limited Slip Differential dan klac dwi-plet HKS melengkapkan modifikasi enjin.

Putra Evo 3

 

Bahagian luaran, hud enjin diambil dari Stout Type S yang menggunakan carbon-fibre.

Lampu projektor sebelah kanan menggunakan corong udara yang direka sendiri.

Bahagian belakang sedikit kompleks. Punggung Lancer dan lantai Evo (kerana ia perlukan sistem AWD untuk roda belakang) disambungkan dengan kemas. Ia adalah hasil kerjatangan MLK Rizgo dari Melaka.

Putra Evo 5

 

Kerja mengecat pula diserahkan kepada Sahak AutoColor di Jalan Padang Tembak, Keluang. Warna kelabu Evo menjadi pilihan Eday.

Papan pemuka Lancer digunakan tetapi tempat duduk adalah dari Mitsubishi Evolution 3. 

Seperti biasa, kereta bikin tidak akan meriah tanpa barisan jam randik di dalam kabin dan Eday menggunakan set lengkap empat buat meter dari Defi dan juga sebuah alat Apexi Super Air Flow Converter 2 atau SAFC 2. 

Putra Evo 6

 

Bagi menjamin tekanan bahan api sentiasa stabil bagi sistem suntikan (fuel injector) beroperasi secara optimum, Eday menggantikan pam bahan api kepada jenis Walbro 255 lph (liter sejam). Fuel regulator pula diambil dari Sard.

Eday berkata enjin ini masih belum sempurna dan perlu di run-in kerana ia baharu lepas dibaik-pulih (overhaul).

Untuk roda aloi, rim Evo Regamaster saiz 17-inci dipadankan dengan tayar-tayar Michelin Pilot Sport 3 bersaiz 245/45 R17. Nampak benar Eday tahu akan baiknya menggunakan tayar-tayar yang bukan oversize agar pengendalian dan keselesaan lebih baik.

Putra Evo 7

 

Untuk kuasa berhenti, Eday mengekalkan komponen brek asal dari Evo 3.

Anggaran kuasa kuda untuk Putra istimewa Eday ini ialah dalam 380 hp. Beliau akan mengujinya di dyno bagi mengetahui secara lengkap akan kuasa dari enjinnya itu.

Setakat ini, Eday telah menghamburkan lebih kurang RM50,000 untuk modifikasi Putra ini.

Apakah kereta idaman Eday?

Mercedes-benz C63 S model W205. Hmmm... ada kelas brader kita ini! 

* Gambar dan laporan dari Shah Adam Photography

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…