Putra Motorsports Team wakil negara ke SFJ 2018 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun pernah kecundang ketika mewakili negara pada Student Formula Japan (SFJ) tahun 2016, Putra Motorsports Team (PMT) tidak pernah mengenal erti menyerah kalah. Pasukan ini antara yang dikagumi oleh pihak juri ketika sesi penilaian kerana mampu mara ke pusingan seterusnya walaupun pertama kali menyertai kejohanan ini pada tahun tersebut. Ketika itu, pasukan PMT dianggotai seramai 6 orang.

Dengan memegang semangat "Once Throttled, Go Forward", mereka menggalas amanah yang besar demi menaikkan nama Malaysia setanding dengan negara lain di SFJ 2018. Menurut Pengurus Pasukan, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar, tahun ini merupakan cubaan kali kedua oleh pasukan PMT bagi merebut gelaran di Student Formula Japan yang bakal berlangsung pada 4 sehingga 8 September 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

15.JPG

Student Formula Japan (SFJ) merupakan perlumbaan anjuran Kesatuan Jurutera Automotif Jepun (JSAE) bertujuan untuk memupuk dan meluaskan lagi penguasaan skil teknikal khususnya di kalangan pelajar universiti di dalam bidang automotif.

Dengan peraturan dan had regulasi tertentu, setiap pasukan dikehendaki menghasilkan jentera sendiri dan mereka wajib melaporkan dengan terperinci kos pembangunan dan pembikinan yang telah dilaburkan. Markah penilaian akan diberikan berdasarkan persembahan laporan yang baik serta perincian setiap bajet yang telah dilaburkan. Pasukan yang telah melepasi pusingan ini layak menyertai pusingan seterusnya yang dinamakan Dynamic Event.

Tahun 2016 menyaksikan pasukan PMT merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang layak mara ke pusingan Dynamic Event walaupun itu merupakan cubaan mereka buat kali pertama di SFJ 2016.

Menurut Ketua Pasukan PMT, Ahmad Iffan Zailani, tahun 2018 mencatatkan penyertaan seramai hampir 100 buah pasukan dari serata dunia. Tambah beliau, pihak PMT mensasarkan beberapa anugerah termasuklah Rekaan Terbaik dan Anugerah Pasukan Terbaik. Mereka bakal berentap menggunakan jentera yang digelar Jebat.

14.JPG

Sedikit info ringkas mengenai Jebat.
-menggunakan enjin 4 silinder sebaris bersesaran 600cc yang diperoleh daripada motorsikal Suzuki GSX-600R K5
-kuasa yang dihasilkan sebanyak 30hp disalurkan ke roda belakang.
-berat keseluruhan jentera dicatatkan seberat 390kg.
-penggunaan polimer gentian kaca diperkukuh (GFRP) yang dihasilkan secara in-house berdasarkan kajian pelajar sendiri

Sebelum sesi media tamat, pihak media telah diberikan peluang melawat dan melihat dengan sendiri bengkel di mana Jebat dibina. Kemudian kami dibawa ke kawasan lapang bagi menyaksikan sesi demonstrasi jentera Jebat. Kehadiran pemilik jenama Kenstomoto, Kenny Yeoh memeriahkan suasana dan beliau turut memberikan pandangan serta input berguna kepada pasukan PMT.

Sejak tahun 2008, UPM telah menyertai beberapa siri kejohanan perlumbaan tidak kira di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Tahun 2008 menyaksikan UPM memenangi tempat kedua di dalam Formula Varsity. Tahun berikutnya juga meletakkan nama UPM di tempat kedua selama dua tahun berturut-turut di kejohanan EIMARace. Penglibatan kali pertama UPM di dalam Shell Eco-Marathon Asia (SEMA) pada tahun 2011 meletakkan mereka sekali lagi di tempat kedua.

21.JPG

Berdasarkan pengalaman UPM serta penglibatan mereka secara langsung pada SFJ 2016, pasukan PMT yakin mampu memberikan cabaran yang sengit pada kejuaraan SFJ 2018. Semoga semangat "Malaysia Boleh" yang ditunjukkan oleh pasukan ini mampu memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus berusaha menaikkan nama negara.

Kami di Careta mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Putra Motorsports Team!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama tersebut termasuk pemuliharaan biodiversiti dan ekonomi kitaran, dengan meneruskan…
Berita Domestik
Begitupun di Malaysia, hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam…
Informasi
  Kedua-dua kenderaan tersebut  yang berhenti di lampu trafik kemudian mula bertengkar dan di…