Putera Harry memandu sebuah Jaguar E-Type berkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Antara yang mencuri tumpuan peminat automotif di majlis perkahwinan diraja England ialah penampilan istimewa sebuah jentera klasik berwarna biru cair, iaitu sebuah Jaguar E-Type Zero yang dipandu oleh Duke of Sussex, Putera Harry.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar sebagai Jaguar E-Type Zero, kereta klasik berkuasa elektrik ini merupakan sebuah Jaguar E-Type  Series 1.5 yang dihasilkan pada tahun 1968 sebelum pihak Jaguar menukarkan sistem pacuan asal daripada enjin enam silinder sebaris kepada sistem pacuan elektrik sepenuhnya. 
 


Sedikit fakta spesifikasi Jaguar E-Type Zero

  • sistem pacuan elektrik berkuasa 220 kW
  • 273 km jarak pemanduan dengan sekali cas penuh
  • bateri lithium ion berkapasiti 40 kWh
  • 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat

Pihak Jaguar telah meletakkan pek bateri 40 kWh yang direka sama dengan dimensi asal enjin E-Type ini. 

Motor elektrik pula diletakkan di tempat asal kotak gear E-Type membolehkan sistem pacuan terbaru ini dimuatkan menggunakan cagak yang sama seperti asal.

 


Dengan penggunaan sistem pacuan terbaharu itu, berat kereta berkurangan sebanyak 45 kg daripada berat asal Jaguar E-Type, dengan sistem suspensi, brek dan keseluruhan struktur kereta  masih mengekalkan spesifikasi kilang asal. 

Jaguar mendakwa E-Type Zero ini mampu mencapai pecutan dari pegun ke 100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat, dan mempunyai jarak pemanduan sejauh 273 km dengan pengecasan penuh selama tujuh jam. 
 


Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…