Puspakom anjur kempen #drivesafenoregrets, pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma

oleh SALINA JALIL|
Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan menganjurkan Kempen #drivesafenoregrets , pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma bagi pemilik kenderaan persendirian dari 5 hingga 15 Februari 2018, dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di semua pusat pemeriksaan Puspakom kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri, Mak Mandin, Kota Bharu, Langkawi, Labuan dan Lahad Datu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Unit Pemeriksaan Bergerak Puspakom juga akan menawarkan pemeriksaan percuma di parkir Tesco Shah Alam, Seksyen 13 dan di kawasan Plaza Tol Alam Impian pada hari Ahad, 4 dan 11 Februari 2018 masing-masing dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Orang ramai digalakkan untuk memeriksa kenderaan mereka secara percuma sempena kempen tersebut.

 

pic 1

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail, kempen #drivesafenoregrets ini merupakan salah satu komitmen dan tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya khususnya ketika musim perayaan.

“Inisiatif ini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dan pemilik kenderaan. Sepanjang tempoh lima tahun ini, lebih 15,000 pemilik kenderaan persendirian telah memanfaatkan pemeriksaan kenderaan secara percuma sempena musim perayaan. Kami rasa gembira kerana ribuan pelanggan mengambil peluang setiap kali pemeriksaan percuma ditawarkan.”
“Semua pemandu kenderaan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan keselamatan kenderaan mereka terjamin di jalan raya. Kami percaya kadar kemalangan dapat dikurangkan sekiranya setiap pemandu mengambil berat terhadap keselamatankenderaan masing-masing." ujar beliau.

 

 

Sempena kempen ini, Puspakom juga menganjurkan Pertandingan 'Snap & Win' atau bergambar bersama Puspakom, di mana para pelanggan hanya perlu menjalani pemeriksaan percuma ini dan menghantar gambar melalui private message di Facebook rasmi Puspakom. Gambar yang paling kreatif atau mendapat jumlah 'Like' tertinggi akan memenangi hadiah menarik. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pertandingan ini boleh diajukan ke laman rasmi Facebook Puspakom.

Pelanggan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela boleh terus mengunjungi pusat pemeriksaan Puspakom tanpa perlu membuat sebarang temujanji dan tidak memerlukan sebarang dokumen. Pemeriksaan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela ini merangkumi ujian pengeluaran asap, suspensi, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek dan ketelusan cermin. Laporan pemeriksaan akan diserahkan kepada pelanggan sejurus selesai pemeriksaan dan boleh dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan pelanggan membuat penyelenggaraan dan pembaikan selanjutnya terhadap kenderaan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #drivesafenoregrets pemeriksaan percuma ini, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6927 atau layari laman sesawang Puspakom di www.puspakom.com.my, atau laman rasmi Facebook Puspakom.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…