Pusingan terakhir Toyota Gazoo hari ini tampil litar melompat!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hari ini ialah pusingan terakhir Kejuaraan Vios Challenge di acara Toyota Gazoo Racing.

Sepatutnya diadakan di litar MAEPS di Serdang, lokasi tepaksa ditukarkan ke Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil kerana memberi laluan kepada sebuah acara bertahap dunia.

Ternyata litar di TPM jauh dari sempurna kerana keadaan permukaan yang tidak rata dan selekoh yang lebih tajam.

 

 

Namun begitu, ia juga menyaksikan aksi-aksi menarik dari para pelumba. 

Pusingan kelayakan melihat ramai pemandu berhati-hati dalam pemanduan mereka agar jentera Vios mereka tidak mengalami kerosakan.

Sayang sekali apabila hero negara, Tengku Djan Ley yang memandu untuk Team Nanoplus terpaksa masuk ke pit lebih awal kerana mengalami kerosakan. Beliau dikatakan melakukan kesilapan dengan menggunakan gear yang salah dan menyebabkan enjin 1.5L Vios beliau rosak teruk.

 

 

Untuk kelas Promotional, Shukri Yahaya berjaya merampas petak pertama untuk permulaan perlumbaan hari ini, di hadapan Shawn Lee. 

Menarik juga ialah Diana Danielle membuktikan pemandu wanita tidak boleh dipandang remeh kerana beliau berada di tempat ketiga, di hadapan Danny Koo dan Fattah Amin.

Di bawah ialah susunan kedudukan tiga teratas di garisan permulaan hari ini.

Super Sporting
1. Ho Wil Liam
2. Kenny Lee Wan Yuen
3. Wong Yew Choong

Promotional
1. Shukri Yahaya
2. Shawn Lee
3. Diana Danielle

Sporting
1. Brenda Paul Anthony
2. Brendon Lim Boon Yew
3. Tam Wei Han 

Perlumbaan akan bermula jam 1.15 pm tetapi acara itu sudah bermula pagi ini dan akan berakhir lewat petang pada jam 6.30 pm.

Jangan lupa, pintu masuk ialah di bersebelahan stesen Petronas selepas tol PLUS Sungai Besi hala ke KL.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…