Pusingan 1 Vios Sprint Cup menyaksikan persaingan sengit antara pelumba muda dan veteran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada hujung minggu lepas, Litar Antarabangsa Sepang telah menjadi medan peperangan di antara pelumba muda dan veteran dalam 2 perlumbaan Pusingan 1 GAZOO Racing Vios Sprint Cup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan pelumba veteran Eddie Lew bersama gandingan pelumba muda Amer Harris mewakili pasukan Laser Motor Racing mendahului perlumbaan hingga ke garis penamat.

 

2

 

Di dalam perlumbaan yang didominasi oleh pelumba muda, Eddie yang berusia 48 tahun itu juga merupakan satu-satunya pelumba veteran dalam 14 pemandu terbaik yang menamatkan perlumbaan selama 1 jam.

Keputusan perlumbaan 1 diikuti oleh Inigo Anton dan Ariff Azmi dari Axle Sports di tempat kedua, manakala di tempat ketiga diduduki oleh Freddie Ang dan Tungwei Hsiao dari Telagamas Toyota.

 

3

 

Seterusnya bagi perlumbaan 2 pada hari Ahad, para pelumba menghadapi kesukaran masing-masing bagi memberikan saingan.

Setelah persaingan yang sengit, kemenangan perlumbaan 2 dimiliki oleh pelumba muda Hayden Haikal bersama gandingannya Timothy Yeo mewakili pasukan Axle Sports.

 

4

 

Pusingan akhir perlumbaan 2 menyaksikan persaingan sengit diantara pelumba pasukan Laser Motor Racing dan Axle Sports bagi merebut tempat pertama podium.

Keputusan perlumbaan 2 diikuti oleh Inigo Anton dan Ariff Azmi yang juga dari Axle Sports, manakala tempat ketiga diduduki oleh Putera Adam dan Jwan Hii dari pasukan Laser Motor Racing.

 

5

 

Juara keseluruhan dalam setiap dua perlumbaan di Piala GR Vios Sprint memperoleh wang hadiah RM10,000, diikuti oleh RM8,000 untuk naib juara pertama, RM6,000 kepada pemenang tempat ketiga, serta RM4,000 dan RM2,000 masing-masing untuk pemenang tempat keempat dan kelima.

Dengan 20 kereta dan 40 pemandu bersaing, GR Vios Sprint Cup menyaksikan penyertaan daripada gelombang pemandu yang lebih muda, termasuk dari barisan pelumba Program Pembangunan GAZOO Racing Young Talent.

 

6

 

GR Vios Sprint Cup akan menampilkan 2 pusingan tahun ini dengan Pusingan 2 dijadualkan pada 23-25 ​​Jun, yang turut diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ianya sebahagian daripada Malaysia Championship Series (MCS) dan akan terdiri daripada dua…
Sukan Bermotor
Berdasarkan keputusan perlumbaan Vios Sprint Cup yang berlangsung hujung minggu lalu, pelumba muda…
Sukan Bermotor
Acara ini menampilkan dua perlumbaan selama satu jam pada hari Sabtu dan Ahad bagi merebut hadiah…